Boleh Bercakap, Tapi Belum Boleh Menyanyi


PENYANYI, Zamani difahamkan keadaan kesihatan peti suaranya semakin beransur pulih selepas terpaksa diberikan suntikan.

Pun begitu, sebagaimana laporan mStar Online, menurut pengurusnya, Aalan Ahmad, Zamani masih belum boleh menyanyi.

"Alhamdulillah keadaan dia (Zamani) semakin beransur sembuh... boleh bercakap tapi tak boleh nak menyanyi lagi.

"Semalam (Rabu) Zamani sudah mendapatkan rawatan dan suntikan bagi merawat peti suaranya sehingga pulih sepenuhnya," jelasnya.

Tambah Aalan, Zamani tetap akan meneruskan persembahannya pada konsert minggu ini.

"Demi menghargai sokongan yang telah diberikan daripada peminatnya, Zamani akan teruskan juga komitmennya," katanya lagi. - Sinar Harian