Skip to main content

'Tak Kisah Nak Kecam Pun' Nama Anak Kami Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra


NAMA Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra menjadi bualan masyarakat apabila nama itu diumumkan sebagai nama terpanjang dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tahun lalu.

Bagi ibu bapa kepada kanak-kanak itu, Mohd Suffian Mohd Saleh, 37, dan Nurul Huda Ariffin, 32, mereka tidak kisah apabila nama itu mendapat pelbagai reaksi termasuk kritikan.

Ada yang menyifatkan tindakan menamakan anak dengan nama panjang dilihat membebankan kanak-kanak itu sendiri.

Nurul Huda berkata, anak bongsu daripada lima beradik yang disapa dengan panggilan Princess Aura itu bukanlah satu-satunya anak yang diberikan dengan nama panjang.

Sebaliknya, anak ketiga dan anak keempatnya juga turut memiliki nama yang panjang iaitu Princess Amanda Auliya Sofea Nur Jelita, 3 dan Prince Muhammad Ahmad Ashrafi Auliya Alfarezel Rasya Sidra, 2.

"Pada mulanya JPN menyenaraikan dua nama iaitu nama anak lelaki kami dan Princess Aura sebagai nama terpanjang. Bagaimanapun, nama anak bongsu diumumkan sebagai nama terpanjang.

“Kami suami isteri gembira dengan pengumuman itu walaupun menerima pelbagai reaksi. Namun kami tidak marah dengan pandangan masyarakat kerana itu hak mereka untuk memberi pandangan," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Bandar Utama di Sungai Petani, hari ini.

Nurul Huda berkata, ilham nama yang diberikan adalah datang ketika dia dan suami menziarahi makam Sunan Gunung Jati Sheikh Hidayatullah Auliya Maulana Sultan Hassanuddin iaitu salah seorang wali songo Indonesia yang terletak di Cirebon, Jawa Tengah.

“Ia bermula sewaktu kami mempunyai urusan kerja di salah satu daerah di Indonesia dan ketika itu saya sedang mengandung anak ketiga.

“Sewaktu berada di sana kami dijemput oleh pemimpin dan penduduk tempatan menziarahi makam salah seorang wali songo di sana.

"Jadi kami suami isteri berasakan ingin meletakkan nama anak ketiga kami bersempena nama wali berkenaan dan sejak itu setiap kali saya mengandung, saya akan ke sana untuk mendapat ilham nama anak selepas dipersetujui oleh 'kiyai'' (ustaz) di sana," katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...