Skip to main content

Isu Baju Seksi, Adakah Agama Islam Ajar Tegur Cara Kasar - Raysha Rizrose


"BUKAN saya tak boleh menerima teguran, tapi kalau menegur biarlah dengan cara yang betul," luah Juara Dewi Remaja 2015, Raysha Rizrose mengenai kontroversi fotonya baru-baru ini.

Jelas adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose ini, dia juga tidak terfikir untuk memadamkan gambar yang mencetuskan kontroversi tersebut kerana niat asalnya bukan untuk menunjuk perkara yang tidak perlu menjadi isu.

Namun apa yang dikesalkan adalah komen segelitir netizen yang bertopengkan agama.

"Saya post gambar itu bukan untuk menunjukkan apa-apa yang tak patut.

"Lagipun saya bukan berpakaian ketat atau pakai tube atau berkemban dan secara sengaja menayangkan bentuk badan.

"Cuma apabila ambil gambar dan secara tidak sengaja menampakkan bentuk badan yang tidak sepatutnya, ia adalah di luar kawalan saya.

"Masalahnya di sini apabila yang menegur meminta saya kembali ke landasan Islam, bercakap mengenai dunia akhir zaman, tapi mereka sendiri pervert, fikir dan bayangkan yang bukan-bukan.

"Jadi saya nak tanya, adakah agama mengajar kita menegur dengan cara yang kasar?" katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2018 di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Raysha, 22, sebelum ini memuat fotonya di dalam sebuah kereta mewah, namun kebanyakan netizen menyifatkan aksi Raysha menggoda dan memperlihatkan bentuk payudara sehingga mengundang komen-komen nakal dan lucah netizen.

Tambah Raysha, dia tidak ada masalah menerima teguran, bahkan ada yang menegurnya dengan cara baik menerusi Direct Message (DM) dan dia juga membalas semula mesej yang ditinggalkan.

"Kalau ikutkan hati, saya nak sahaja reply komen-komen biadap tapi saya fikir kalau saya balas, ia tidak akan berakhir. Jadi lebih baik saya diam sahaja.

"Mana komen yang keterlaluan saya padam. Saya berterima kasih pada yang menegur dengan cara baik dan hargai teguran mereka.

"Tapi ada netizen sekarang, pakai jubah nampak rambut pun akan dipertikaikan. Ia memang tak akan berakhir," ujarnya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...