Powered by Blogger.

Thursday, August 9, 2018

Saya Harap Najib Tidak Terasa Hati Dianggap Beban Untuk Umno


Ketua pembankang Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Najib Razak tidak terasa hati dengan kenyataan Annuar Musa dan Johari Abdul Ghani yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai beban untuk Umon.

Menurut laporan Malaysiakini Presiden Umno itu juga menasihatkan agar najib tidak terganggu dengan komen dari Annuar Musa dan Johari Abdul Ghani.

“Saya harap Najib tak tersentak hati atau terasa hati dengan pendapat-pendapat yang sedemikian.

“Saya juga tidak mengharapkan minda dan perasaannya terganggu dengan komen yang sedemikian serta lalui proses perundangan yang sedang dijalankan ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Ketua pembankang itu berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud kemungkinan Umno akan mengenakan tindakan kepada meraka yang dilihat tidak senang dengan najib .

Terdahulu, Isu skandal bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi manjadi topik dikalangaan pemimpin Umno apabila Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan Najib.

Annuar Musa berkata najib yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram sebagai beban kepada Umno yang tidak lagi boleh dipikul.

Semalam Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan Najib tidak harus datang berkempen di Sungai Kandis kerana bekas presiden Umno sedang berhadapan pertuduhan rasuah dan ia mungkin membawa tanggapan negatif terhadap Umno dan rakyat Malaysia.

Menurut Zahid Hamidi Umno tidak akan mengambil tindakan terhadap Johari dan Annuar, pendekatan parti itu adalah dengan mengadakan perbincangan atau musyawarah, bukannya akur pendapat mana-mana pemimpin atau individu. - Malaysiakini