Skip to main content

Ketika Di Penjara, Saya Salute (Sanjung) Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengakui bahawa dia akhirnya memahami kenapa musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang hebat.

Selepas beliau merengkok di dalam penjara selama 27 hari baru beliau tahu mengapa Anwar boleh menjadi seorang yang begitu hebat.

“Ketika itu saya salute (sanjung) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Macam mana jiwa, raga, hatinya, mentalnya, cukup kental.

“Apabila di sana (penjara), saya dapat rasakan macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang manusia, pemimpin yang cukup hebat dan perlu diberikan satu penghormatan,” katanya yang baru dibebaskan daripada tahanan polis.

Anwar telah dua kali masuk ke penjara selepas berdepan tuduhan meliwat sebanyak dua kali dan jumlah kesemua hukuman yang terpaksa dia jalani adalah melebihi 10 tahun penjara.

Walaubagaimanapun Anwar telah menafikan dakwaan yang dibuat terhadapnya dan menyifatkannya sebagai konspirasi dalam politik.

Namun begitu selepas Pakatan Harapan telah berjaya menumbangkan pentadbiran 61 tahun BN, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memberikannya pengampunan penuh terhadapnya yang membolehkannya bebas dari hukuman penjara.

Jamal bagaimanapun memberitahu bahawa beliau tidak mahu menghakimi isu tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar itu.

“Apa yang dia buat adalah antara dia dengan Allah,” kata ketua Umno bahagian Sungai Besar yang terkenal dengan pelbagai gimiknya itu.

Jamal juga turut menyifatkan pengalamannya berada dalam penjara telah banyak memberikannya pengajaran malah beliau juga turut memberitahu bahawa berat badannya telah susut sebanyak 7 kg sewaktu dia dibebaskan pada hari ini.

Jamal dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia sebelum berjaya diberkas di Jakarta dan dihantar pulang ke Malaysia bagi berdepan dengan pengadilan.

Pada 10 Ogos ini pun beliau dijadualkan perlu hadir ke mahkamah bagi prosiding berhubung dakwaan kes pencerobohan.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...