Skip to main content

Disebabkan Wang, Suami Maut Ditikam Isteri.


Seorang pembantu kedai makan warga Thailand maut selepas ditikam isterinya dalam pergaduhan di sebuah kedai masakan Thailand, Gat Lebuh Chulia di George Town malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata mangsa Suriya Kanchaiyaphum, 36, maut di tempat kejadian akibat tikaman di dada kirinya dalam pergaduhan pukul 10 malam itu.

"Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri berkenaan bekerja di kedai makan di tingkat bawah premis dua tingkat itu dan berlaku pergaduhan antara mereka dipercayai disebabkan wang.

"Semasa bergaduh itu, isteri mangsa telah bertindak mengambil sebilah pisau di dapur dan menikam dada kiri suaminya, lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya di George Town hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Saravanan berkata susulan kejadian itu, polis menahan isteri mangsa berusia 38 tahun untuk siasatan lanjut dan pihaknya turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Katanya, pasangan itu bekerja di kedai makan berkenaan serta tinggal di rumah tumpangan di tingkat atas premis dua tingkat itu sejak tahun lepas dan berdasarkan keterangan saksi mereka pernah bergaduh beberapa kali sebelum ini.

"Wanita itu akan direman untuk membantu siasatan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut di kedai makan dan tingkat atas premis itu, polis menahan tujuh lelaki Thailand berusia 20 hingga 40 tahun kerana pelbagai kesalahan Imigresen.

Beliau berkata semua lelaki itu dipercayai bekerja di kedai makan berkenaan dan mereka direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut. - Bernama

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...