Skip to main content

Video: Polis Beri Amaran Pada Ketua Umno Putrajaya.



Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa memberi amaran kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz agar tidak membuat sebarang provokasi di kawasan sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tun Faisal dikatakan membuat provokasi di sini ketika proses perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berlangsung.

Menurut laporan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata setakat ini tiada penahanan yang dibuat terhadap Tun Faisal, sekiranya berlaku lagi beliau akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Kami boleh tahan beliau (Tun Faisal) jika beliau mengulangi perbuatan sedemikian (provokasi) tetapi polis memberi amaran terlebih dahulu.

“Seperti yang kita tahu bahawa kawasan mahkamah adalah kawasan larangan dan setiap orang awam yang memasuki kawasan ini perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan mahkamah,” katanya ketika ditemui Bernama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

Hari ini, Tun Faisal melakukan provokasi dengan melaungkan ‘Bebaskan Najib’ ketika bekas perdana menteri itu tiba di kompleks mahkamah.

Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang.

Najib ditahan berkaitan kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Hari ini, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sementara itu, tinjauan Bernama setakat 12.37 tengah hari ini di kompleks berkenaan mendapati puluhan media tempatan dan antarabangsa masih menunggu perkembangan kes Najib di lobi mahkamah itu. - Bernama

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...