Video: Kecoh Di Dewan Rakyat, Najib Menafikan Tuduhan Majlis Keselamatan Negara, Malam 9 Mei.


Pada PRU ke -14 tempoh hari parti Barisan Nasional (BN) telah mengalami kekalahan namun telah terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Bekas perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada memanggil Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada malam 9 Mei tersebut sebelum undian dibuat.

Walaubagaimanapun Najib telah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa dia tidak ada membuat sebarang mesyuarat bersama MKN pada malam PRU-14 tempoh hari dan keputusan PRU ke -14 tersebut jelas menunjukkan kekalahan BN di Parlimen pada pagi tadi.

Malah menurut Najib juga beliau adalah merupakan seorang yang percaya akan prinsip demokrasi negara ini dan beliau juga akur kepadanya selepas BN mengalami kekalahan pada PRU ke-14 tempoh hari.

Ketika berucap, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer cuba untuk mencelah ucapan Najib namun tidak diberikan peluang untuk mencelah oleh Najib.

Najib telah pun menafikan dakwaan tersebut yang dibuat ke atasnya.

Kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 tempoh hari pada 9 Mei menyaksikan hilangnya kuasa BN selepas telah 60 tahun lamanya berkuasa memerintah negara ini.