Skip to main content

Tun Dr Mahathir Pemimpin Yang Menunaikan Janji Apa Yang Dikata - Raja Perlis


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang akan menunaikan apa diperkatakannya.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda mula mengenali secara dekat Dr Mahathir semasa baginda memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari tahun 2001 hingga 2006.

Ketika itu, Dr Mahathir merupakan perdana menteri keempat sebelum meletak jawatan pada 2003.

"Pendapat saya Prime Minister (Dr Mahathir) buat apa yang dia kata dia nak buat...(contohnya) dia kata nak berhenti (undur diri sebagai perdana menteri pada 2003) dia berhenti," titah baginda pada Majlis Santapan Negeri bersempena sambutan ulang tahun ke-75 keputeraan baginda di Istana Arau malam tadi.

Turut berangkat pada majlis santapan itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
 =
Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga hadir pada majlis santapan itu.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda menghormati Dr Mahathir yang sudi menawarkan diri untuk menerajui sekali lagi negara ini bagi membetulkan keadaan negara ke arah keadaan lebih baik lagi.

"Saya hormat Tun kerana volunteer untuk perbetulkan apa yang dia fikir tak betul. Thank you Tun untuk lead the country again," titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang masing-masing menyambut ulang tahun kelahiran pada 10 Julai dan 12 Julai lepas.

Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Istana Arau kira-kira 8.40 malam, dan kemudian menghadap Tuanku Syed Sirajuddin serta Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Bilik Biru di istana.

Pertemuan Perdana Menteri secara tertutup selama hampir 30 minit itu turut dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sejurus selesai pertemuan itu, Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis diiringi Dr Mahathir bersama isteri ke Dewan Bankuasi untuk Majlis Santapan Negeri.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man bersama barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kesemua 34 penerima yang dikurniakan Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin hari ini turut menghadiri majlis santapan itu. - Bernama
 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...