Skip to main content

Rakyat Masih Sokong Saya Lagi, Najib Terharu Dan Berterima Kasih


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat masih menyokong beliau katanya lagi ini berdasarkan apa yang dilihatnya sepanjang proses pendakwaan semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Pekan itu, beliau begitu terharu dengan sokongan yang diterimanya dan mengucapkan terima kasih buat mereka yang senantiasa bersama beliau.

“Sepanjang hampir 24 jam, saya dapat lihat sokongan dari rakyat Malaysia kepada saya sama ada dengan hadir di luar bangunan SPRM, di mahkamah dan di media sosial.

“Saya juga tersentuh dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan, termasuk yang pernah menentang saya pada masa lalu, menyokong saya dan turut menggesa kerajaan untuk memberikan kepada saya layanan yang adil dan menghormati undang-undang.

"Sokongan dan kata-kata anda ini sangat bermakna buat kami pada ketika kami merentasi dugaan dunia ini,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan di Facebooknya.

Dalam perkembangan sama, Najib juga menegaskan bahawa beliau akan berjuang habis-habisan bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

“Sesungguhnya, dengan izin ALLAH, sebagaimana saya perjuangkan hak rakyat, saya akan perjuangkan keadilan untuk diri saya bagi membuktikan saya tidak bersalah pada pertuduhan pertuduhan ini,” katanya.

Semalam semua mata tertumpu ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di mana Najib menghadapi lebih 4 tuduhan pecah amanah berkaitan transaksi melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Menurut Najib lagi beliau reda dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau, semalam.

Menurutnya, beliau telah menjangkakan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai harga yang perlu dibayar.

Beliau bagaimanapun berharap proses keadilan akan dijalankan dengan benar-benar adil mengikut lunas undang-undang. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...