Skip to main content

Peguam Nafi Firma Lubnan Saman Rosmah Adalah Entiti Pelindung


Peguam yang mewakili firma Lubnan yang memfailkan saman terhadap isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan spekulasi bahawa syarikat itu bertindak sebagai entititi pelindung kepada organisasi lain.

David Gurupatham berkata anak guamnya, Global Royalty Trading SAL adalah bahagian sah daripada syarikat perniagaan pedagang berlian Samer Halimeh, yang termasuk memilikii sebuah gedung di Starhill Gallery.

"Adalah jelas ini bukan syarikat pelindung kerana kamu bercakap tentang 44 unit barangan kemas, daripada 1,200 unit yang dirampas. Ia cuma setitik air di lautan," kata Gurupatham yang dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insight.

Samer disenaraikan sebagai jurujual dan ejen dalam saman Global Royalty Trading, memohon barangan kemas yang dihantar kepada Rosmah pada bulan Februari lalu tetapi dirampas oleh polis pada bulan Mei dikembalikan.

Walaupun hubungan Samer dan Rosmah sudah sekian lama terjalin seperti yang terperinci oleh laporan Kiniguide Malaysiakini, Global Royalty Trading hanya berdaftar pada Nov 2017.

Dalam pendaftaran syarikat kerajaan Lubnan, firma itu dihuraikan sebagai "menjalankan operasi komersial di Lubnan dan luar negara" serta "menjalankan perniagaan hartanah dengan pembelian dan penyewaan pangsapuri dan kedai". Tidak ada sebutan spesifik mengenai perdagangan barangan kemas

Ini mencetuskan spekulasi bahawa Global Royalty Trading mungkin hanya menjadi syarikat pelindung.

Sementara itu, Gurupatham dalam wawancara itu juga menghuraikan lanjut menggambarkan kesahihan Rosmah sebagai pelanggan mewah eksklusif Samer.

Beliau juga menjelaskan mengapa Rosmah tidak meletakkan cagaran untuk barangan kemas yang dituntut dalam saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) itu.

"Sebagai contoh, jika saya pergi ke bank dan meminta OD (overdraf) sebanyak RM10 juta, bank itu boleh mungkin menolaknya. Tetapi jika seseorang berwibawa memohon RM100 juta, ini mungkin akan diberikan. Itu cara keyakinan berfungsi," kata peguam itu.

Beliau juga berkata firma itu tidak akan membantah rancangan Putrajaya untuk mencelah dalam saman berkenaan.

“Dalam kes ini, peguam negara berpendapat bahawa kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mencelah.

"Dan kedudukan kita adalah kita bersetuju, kerana pada akhir hari, kita mengakui dalam pernyataan tuntutan bahawa barang itu telah dirampas."

Peguam Rosmah menegaskan bahawa anak guamnya tidak membeli sebarang barangan kemas yang dituntut oleh firma Lubnan berkenaan. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...