Skip to main content

LGBT: Umat Islam Tidak Boleh Berdiam Diri, Bertindak Ke Atas 'Pondan Kaya'


Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad berharap pihak berwajib perlu mengambil tindakan ke atas golongan lelaki berperwatakan wanita termasuk 'pondan kaya.

Menurut laporan Utusan Online, beliau berkata golongan itu yang dilihat semakin berani menunjukkan aksi melanggar hukum agama secara terbuka terutama di media sosial.

Peruntukan undang-undang yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya dan golongan tersebut tidak sewajarnya dibiarkan.

Beliau berkata, tindakan mesti diambil sebaik mungkin oleh pihak berwajib walaupun golongan itu mungkin hanya minoriti.

"Kita ada undang-undang, peraturan kalau apa dia lakukan melanggar peraturan fatwa yang ada tidak patutlah dibiarkan.

"Selain teguran dan nasihat kalau sudah sampai tahap mereka berdegil, maka pergunakanlah undang-undang yang ada.

"Sama ada masuk atau tidak dalam (definisi) LGBT dengan sesetengahnya masih dipertikai jantina, tetapi yang salah tetap salah, aurat tetap aurat, lelaki pun pun ada aurat yang perlu ditutup," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Terbuka NGO Islam dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 di Hotel Crown Garden di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan sesetengah lelaki berperwatakan wanita yang semakin berani menonjolkan sisi kehidupan mereka dalam media sosial.

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, gejala hubungan sejenis atau lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam adalah satu jenayah yang wajar dibendung dengan segera.

Menurutnya lagi umat Islam tidak boleh berdiam diri sekiranya melihat jenayah LGBT dilakukan secara terang-terangan.

“LGBT adalah jenayah Islam, dan kita sebagai umat Islam tidak boleh berdiam diri. Kalau ada kuasa dan nampak perkara itu sedang berlaku dalam kalangan masyarakat, maka tindakan perlu diambil.

“Jangan tunggu ia berlaku secara terang-terangan, baru ambil tindakan. Perkara ini sudah menjadi tanggungjawab kita yang mempunyai kuasa untuk membendungnya,” kata Mohd. Yusof ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Mohd. Yusof mengulas pandangan segelintir pihak kononnya orientasi seks LGBT adalah dosa peribadi antara si pelaku dan Allah.

Sementara itu Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata membenarkan hubungan sejenis LGBT dalam kalangan umat Islam atas alasan ia merupakan hak asasi manusia seolah-olah ‘menolak’ perintah dan hukum-hakam Allah.

Dr. Abdul Rahman berpendapat amalan hubungan sejenis adalah haram dan wajib dicegah.

Sehubungan itu, katanya, pihak yang berkuasa tidak boleh berdiam diri daripada mengenakan tindakan terhadap individu yang terlibat, sebaliknya mengambil tindakan yang bijak sebelum gejala songsang itu semakin berleluasa.

“Tindakan undang-undang perlu dikenakan ke atas mereka yang terlibat kerana dalam agama kita juga ada menyatakan untuk mencegah kemungkaran iaitu ‘Amal Makruf Nahi Mungkar’.

“Oleh itu, pihak yang mempunyai kuasa perlu bertindak dengan bijak dan perkara ini perlu diberikan perhatian mendalam. Ia tidak boleh dibiarkan semata-mata atas alasan hak asasi manusia,” Dr. Abdul Rahman. - Utusan Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...