Skip to main content

Bekas Calon Pas Sokong Zawawi Calon Pakatan Harapan


Kota Raja - Bekas calon Pas Kerusi DUN Sungai Kandis pada PRU14 yang lalu, Mohd Yusoff Abdullah dikatakan telah menyatakan sokongannya terhadap calon Pakatan Harapan yang bakal bertanding di kawasan berkenaan.

Khabar gembira tersebut telah diterima oleh calon PKR tersebut, Mohd Zawawi Mughni yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Mohd Yusoff telah menzahirkan sokongannya terhadap Zawawi sendiri ketika beliau membuat kunjungan ke rumahnya baru-baru ini.

Khabar gembira mengenai sokongan tersebut telah melonjakkan semangat beliau dalam memastikan PH akan dapat terus mengekalkan kemenangan mereka di kerusi Dun kawasan berkenaan.

"Saya ada mengunjungi bekas calon Pas di Dun Sungai Kandis pada PRU14 dan beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada PH," katanya.

Malah ketika kunjungannya di rumah Mohd Yusoff, beliau turut menyatakan bahawa pihaknya akan mengajak rakan-rakan serta anak-anak untuk memilih calon PKR ketika PRK yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun ketika ditemui bagi mendapatkan pengesahan mengenai sokongan tersebut, Mohd Yusoff meminta agar berita yang kononnya dia telah menyatakan sokongan terhadap calon PKR tersebut tidak dimanipulasikan.

Mohd Yusoff juga turut menyatakan bahawa ketika kunjungan Zawawi tersebut dia hanya mengingatkan Zawawi agar mengotakan janji-janjinya jika ditakdirkan dia telah memenangi PRK Dun tersebut.

"Saya hanya mengingatkan beliau jika ditakdirkan menang dalam PRK ini, Zawawi perlu berusaha merealisasikan janji-janji yang dibuat dan memastikan penyelesaian serta mengutamakan pendekatan keagamaan," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau juga turut menegaskan bahawa pendirian pihaknya adalh selaras dengan PAS, malah dia turut menyatakan bahawa pilihan serta sokongan adalah hak individu masing-masing.

"Tiada sebarang arahan rasmi dalam keputusan untuk mengundi mana-mana pihak dan beliau juga turut mengatakan bahawa dia hanya meraikan sahaja kedatangan Zawawi ke rumahnya dalam kehangatan kempen PRK yang sedang berlangsung ini,"kata Mohd Yusoff mengakhiri spekulasi yang timbul.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...