Skip to main content

Awas! Ellie Bagi Amaran Dakwa Pemerintahan Sekarang Diktator, Kuku Besi Dan Maha Zalim.


Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati Omar, sekali lagi tampil penuh emosi ketika hadir di satu himpunan bagi menyuarakan kesetiaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur pagi ini.

Ellie dengan nada lantang memberikan amaran kepada segelintir pihak yang didakwanya cuba menghakis peranan institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik.

Beliau berkata demikian ketika berucap di himpunan anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru di kawasan parkir kereta bertingkat Bukit Aman hari ini.

Kata Ellie tiada sesiapa berhak mencuba untuk menjatuhkan raja-raja Melayu atau menjadikan Malaysia sebuah republik.

"Jadi ini saya menyeru... ini saya cakap betul-betul, saya menyeru semua manusia berbangsa Melayu Islam, sebarkan video ini.

"Kita akan berjumpa lagi!" katanya ketika berucap di himpunan anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru.

Kira-kira 100 orang penyokong himpunan itu mula berkumpul di kawasan lapang berhampiran kawasan parkir kereta bertingkat Bukit Aman seawal jam 8 pagi.

Mengikut rancangan asal mereka akan bergerak ke Jalan Parlimen untuk menyatakan perasaan masing-masing dan menunggu ketibaan kereta rasmi Sultan Muhammad V yang dalam perjalanan ke parlimen.

Bagaimanapun penganjur memberikan arahan bersurai kira-kira jam 9.45 pagi selepas polis tidak memberi kebenaran mereka berbuat demikian.

Kata Ellie tiada sesiapa berhak mencuba untuk menjatuhkan raja-raja Melayu atau menjadikan Malaysia sebuah republik.

"Bercerai nyawa dari badan, jadi tulang, sebati dengan tanah... tapi bangsa Melayu, raja-raja Melayu, jangan cuba kamu nak jatuhkan raja Melayu dan jadikan Malaysia ini sebuah negara republik!" ucapnya dengan bersemangat sambil didampingi presiden NGO itu Lokman Noor Adam.

Untuk rekod Lokman ialah bekas panel pemikir Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA) dan kini merupakan salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno.

Tidak ketinggalan seorang lagi bekas panel pemikir JASA Tun Faisal Ismail Aziz.

Berpakaian serba hitam mengikut tema himpunan hari ini, Ellie sebelum itu berkali-kali menegaskan bahawa beliau bukanlah merupakan seorang rasis.

Sebaliknya kata pelakon Spinning Gasing itu dia hanya bersuara untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

"Saya tak cari publisiti murah.

"Saya juga bukan seorang yang rasis. Sama sekali tidak!" katanya mengulas kritikan yang timbul berikutan kemunculannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini bagi memberikan sokongan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...