Powered by Blogger.

Friday, June 15, 2018

Umno Patut Singkir Najib Kerana Skandal 1MDB.


Tahun ini Umno akan mengadakan pemilihan kepemimpinan. Dengan peletakan jawatan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Umno, gelanggang terbuka luas dan parti tua itu berpeluang membuat perubahan jika mahu.

Memandangkan pemilihan Umno bakal berlangsung pada 23 Jun 2018 ini, maka Umno patut menyingkirkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kerana dakwaan beliau terlibat dalam skandal 1MDB dan secara umumnya menyebarkan politik "toksik", kata Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

"Siapa yang akan menjadi pemimpin Umno pertama yang berani menyuarakan apa (yang terbuku) di kalangan semua rakyat Malaysia, bahawa sebenarnya semua anggota Umno patriotik, justeru Najib mesti disingkirkan daripada Umno/ BN.  

Jika tidak Umno/ BN yang dipersalahkan akibat dua warisan toksik Najib itu," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengulas perutusan Hari Raya Najib bekas berdana menteri itu yang mencadangkan persaingan politik sihat dan mengajak rakyat membuka lembaran baru serta melupakan kisah lampau.

Walaupun pilihan raya umum telah berakhir dengan menyoal sama ada Najib berpendapat pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanyalah sekadar permainan yang boleh diulang semula.

"Apakah Najib berfikir PRU4 adalah seperti berkelah, dengan semuanya kembali normal selepas kesibukan keramaian dan hiruk-pikuk," kata Lim.

Beliau juga mempersoalkan jika Najib menjangkakan rakyat Malaysia semudahnya melupakan politik "yang membakar (semangat), provokatif dan toksik" yang ditonjolkan pemimpin Umno, khususnya pada perhimpunan agung Umno lepas pada Disember tahun lalu.

Memetik Najib sebagai contoh, beliau berkata bekas presiden Umno itu telah menggunakan "pembohongan tidak berasas" menyatakan DAP anti-Melayu dan Islam kerana parti itu mahukan sebuah negara sekular.

Najib telah meletak jawatan sebagai presiden Umno dan BN pada 12 Mei, tiga hari selepas kekalahan mengejutkan BN dalam PRU14.

Pemilihan Umno bermula pada 23 Jun menyaksikan sesiapa yang dipilih sebagai pimpinan baru Umno dijangka merangka hala tuju baru untuk parti itu, yang dilihat sedang berada dalam dilema.

Sementara itu, kerajaan baru telah memulakan siasatan ke Najib terhadap dakwaan beliau terlibat dalam penyelewengan dana daripada 1MDB.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam perkara ini. - Malaysiakini