Powered by Blogger.

Tuesday, June 19, 2018

Suami Mohon Cerai Kerana Isteri Ada Janggut.

Gambar Hiasan
Permohonan sorang lelaki memohon untuk menceraikan isterinya atas alasan wanita itu ada janggut dan bersuara maskulin ditolak oleh mahkamah.

Menurut laporan Berita Harian Online, kejadian berlaku disebuah perbandaran dalam daerah Ahmadabad di negeri Gujarat, India

Dalam satu sesi permohonan di depan hakim, lelaki itu membuat dakwaan bahawa dia ditipu keluarga wanita berkenaan kerana tidak dimaklumkan bahawa wanita itu ada janggut dan bersuara seperti lelaki.

Ketika pertemuan pertama sebelum bernikah, wanita itu memakai penutup muka dan dia tidak cuba melihat wajahnya kerana itu akan melanggar tradisi.

Ketika memberi jawapan, isteri lelaki itu berkata dia mempunyai bulu lebat di wajahnya atas sebab-sebab hormon dan boleh dibuang melalui rawatan, lapor portal berita NDTV, semalam.

Suaminya memberi alasan tidak benar untuk menceraikannya kerana mahu mengusirnya dari rumah mereka, dakwanya lagi.

Selepas peguam wanita itu mengemukakan keterangan, plaintif tidak hadir untuk prosiding seterusnya menyebabkan mahkamah menolak permohonannya. - Berita Harian Online