Skip to main content

Kemelut Persengketaan Berakhir Sudah, Nora Maaf Fasha


Kemelut persengketaan antara Nora Danish dan Fasha Sandha menemui noktah selepas kedua-dua pelakon popular itu bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian saman fitnah antara mereka secara baik di luar mahkamah.

Nora bersetuju untuk menarik balik saman fitnah yang dikemukakan beliau dan syarikatnya terhadap Fasha bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta selepas Fasha mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim M Gunalan pada 22 Mei lalu.

Peguam Datuk David Gurupatham mewakili Nora ketika dihubungi berkata, anak guamnya sehubungan itu menarik balik saman berkenaan dan hakim Gunalan kemudian merekodkan penghakiman persetujuan berhubung penyelesaian kes, dalam kamar hakim.

Beliau berkata, Fasha turut membuat aku janji untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah sama pada masa hadapan.

Sementara itu, dalam kenyataan dipersetujui yang dibacakan di mahkamah, Fasha berkata, beliau memohon maaf kerana menyiarkan kiriman yang menjadi subjek dalam kes tuntutan saman itu di laman Instagram miliknya pada 18 Ogos 2017.

Fasha berkata, ia adalah kerana posting itu didakwa memberi impak negatif terhadap reputasi Nora dan syarikatnya Danish Empire Sdn Bhd serta jenamanya OwlbyND.

"Walaupun saya tidak meletakkan nama sesiapa pun, saya percaya ramai beranggapan posting terbabit ditujukan kepada beliau.

"Saya kesal dengan apa yang terjadi dan selanjutnya memberi aku janji bahawa saya tidak lagi membuat penyiaran yang disifatkan memburukkan imej Nora, Danish Empire, OwlbyND dan keluarga terdekat Nora," katanya.

Dalam prosiding itu, Fasha diwakili peguam Azmi Mohd Rais dan Nizam Bashir.

Nora dalam kenyataan medianya, berkata beliau dan syarikatnya menentang Fasha bagi tindakan fitnah untuk tuntutan antara lain RM10 juta bagi setiap plaintif.

Beliau berkata, pada 22 Mei lalu, beliau menerima permohonan maaf yang direkodkan di mahkamah bersama aku janji untuk tidak lagi membuat pernyataan fitnah terhadap diri, syarikatnya dan keluarga.

"Semua pihak sudah menyelesaikan perkara ini seperti tertera dalam penghakiman persetujuan di mahkamah.

"Sempena bulan mulia ini, saya memutuskan untuk membiarkan perkara ini berakhir seperti itu," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut