Skip to main content

Ada Gerakan Dalam Umno Johor Singkir Zahid


Umno Johor, mungkin yang paling bebas di kalangan badan perhubungan negeri parti itu. Namun ia terpaksa membayar harga yang mahal kerana memendam ketidakpuasan hatinya berhubung skandal Datuk Seri Najib Razak semasa beliau menjadi perdana menteri.

Umno Johor dengan berat hati tetap setia kepada Najib dan akibatnya mengalami kerugian besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) serta kehilangan kuasa di negeri ini.

Ketika Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno, suatu gerakan tercetus dalam Umno Johor menuntut memecat pemangku presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dilihat sebagai orang kuat Najib.

Apabila tersebar berita kira-kira RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi Najib, ketua Umno Bahagian Bagan Datuk itu tampil bersungguh-sungguh membela Najib.

Terdapat ura-ura Zahid, ketika itu menteri dalam negeri, telah memaklumkan kepada Najib pada 2015 bahawa pihak pendakwa sedang bertindak terhadap bekas perdana menteri itu mengenai skandal 1MDB.

Semasa skandal itu memuncak, ketua badan perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Khaled Nordin berkata Umno "dalam keadaan yang tidak baik" dan Umno negeri itu berharap naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menyuarakan hal itu sambil menyifatkannya sebagai "pemimpin masa depan" negara .

Tetapi Hishammuddin selaku pemimpin Johor memutuskan untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti 23 Jun depan. Sementara itu, Khaled dilihat sebagai "terlalu junior" untuk mencabar Zahid, dalam sebuah parti yang masih tebal kepatuhan pada hierarki dan tradisi.

Ini telah menyebabkan Umno Johor tidak memiliki calon yang sesuai walaupun tidak mahu orang kuat Najib mengambil alih jawatan presiden. Sehingga kini, Zahid ialah calon tunggal presiden Umno.

Ada pihak dalam Umno Johor kini sedang mendapatkan veteran parti Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, yang lebih mesra dirujuk sebagai Ku Li, untuk mencabar Zahid.

"Ia tidak menghairankan kerana sesetengah orang meminta Ku Li untuk bertanding, kita tidak boleh mempunyai hanya seorang calon presiden," kata pemimpin Umno Johor kepada Malaysiakini.

Lebih ramai calon presiden

Bagaimanapun pemimpin itu berkata Umno Johor berharap lebih ramai orang akan menawarkan diri sebagai calon jawatan tertinggi parti dan setakat ini Umno negeri itu belum lagi membuat sokongan terbuka.

"Umno Johor belum memujuk akar umbi kami untuk menyokong mana-mana calon ... Kami akan tunggu senarai calon terakhir, maka kami akan membuat keputusan," katanya.

Malaysiakini difahamkan hanya tiga daripada 26 bahagian Umno di Johor yang tegar menyokong Zahid, iaitu Pulai, Sekijang dan Tenggara.

Seorang lagi ketua Umno Bahagian di Johor memberitahu Malaysiakini Umno negeri mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana tidak mahu mendukung pihak yang salah.

"Buat masa ini, hanya Zahid yang telah mengumumkan pencalonannya (untuk presiden). Kita tidak tahu mengenai selebihnya.

"Ku Li masih belum pasti lagi, jadi sukar untuk membuat keputusan, jika kita keluar dan menyokongnya (Ku Li) dan beliau tidak bertanding, ia akan memalukan," katanya.

Ketika pemimpin kanan Umno Johor mengambil pendekatan berhati-hati, golongan muda mula menyatakan secara berterus-terang keutamaan mereka bukanlah Zahid.

Onn Hafiz (gambar), setiausaha politik dan sepupu kepada Hishammuddin serta cucu kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar berkata Umno memerlukan seorang presiden yang "intelektual" untuk memimpin Umno berhadapan gabungan "gergasi" Pakatan Harapan.

Beliau menjelaskan watak dan ideologi pemimpin harus diterima dengan baik dan ikhlas untuk membawa perubahan kepada Umno.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima, orang yang paling layak untuk memegang jawatan presiden Umno ialah Tengku Razaleigh Hamzah, yang sesuai dengan keterangan di atas," katanya.

Bagaimanapun, Onn tidak mahu menimbulkan rasa kurang senang pimpinan kanan di negeri ini, menegaskan ini hanyalah pandangan peribadi beliau.

"Saya sedar bahawa perjuangan yang akan datang memerlukan keberanian yang luar biasa. Ia memerlukan keberanian untuk menyuarakan kebenaran dan melakukan apa yang betul walaupun apa yang kita katakan atau lakukan boleh menimbulkan rasa tidak senang hati pihak tertentu," katanya.

Onn terselamat daripada 'tsunami' pilihan raya umum ke-14, setelah menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang dengan majoriti tipis 364 undi.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin muda Umno Johor turut menganjurkan suatu majlis yang kelihatannya mempromosikan Tengku Razaleigh.

Ketua Pemuda Umno Segamat, Bastien Onn, menggunakan NGO Persatuan Belia Generasi Merdeka, mengadakan pertemuan mengenai masa depan Umno esok yang menampilkan Tengku Razaleigh.

Bastien juga bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda Umno.

"Rakyat terutamanya orang Melayu ingin mendengar pandangan pemimpin Umno yang hebat iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, yang boleh memberi inspirasi kepada orang Melayu terutamanya mereka yang berada dalam Umno," kata setiausaha penganjur majlis, Syahrin Md Jamaluddin kepada Malaysiakini.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...