Skip to main content

265,149 Peminjam PTPTN Dikeluarkan Dari Senarai Hitam Imigresen


Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen sehingga semalam.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata baki 168,289 daripada jumlah peminjam itu akan dikeluarkan daripada sistem senarai hitam jabatan itu pada 15 Jun ini.

Beliau berkata kemudahan pelepasan sekatan keluar negara bagi peminjam berkenaan terpakai kepada peminjam yang nama mereka masih di dalam sistem Imigresen.

"Pihak berkuasa pintu masuk negara di seluruh negara telah dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya hari ini.

Bagi individu yang disenarai hitam oleh Lembaga Hasil Dalam Hasil (LHDN), Muhyiddin berkata mereka dibenarkan keluar negara tanpa sekatan bermula 1 Jun lepas selaras dengan surat arahan agensi yang diterima Jabatan Imigresen pada tarikh sama.

Beliau berkata sehingga kini rekod jabatan tersebut menunjukkan 636,202 orang masih disenaraihitamkan oleh agensi-agensi lain.

Mengenai perkembangan pemburuan polis ke atas Datuk Seri Jamal Md Yunos yang didakwa telah lari ke Indonesia, Muhyiddin berkata usaha menjejaki Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sedang giat dilakukan dengan kerjasama polis negara tersebut.

Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah memaklumkan mengenai hasrat tersebut kepada Duta Besar Indonesia di Malaysia memandangkan proses itu melibatkan pihak keselamatan negara lain.

Muhyiddin berkata sepertimana warga Malaysia lain, beliau 'tidak gembira' dengan insiden tersebut dan sehingga kini masih tertanya-tanya mengenai kedudukan Jamal.

"Sebab itu saya minta Ketua Polis Negara melihat sendiri kes ini. Saya mahu tahu bagaimana dia boleh lari dengan begitu mudah (dari hospital) dan jika melibatkan kecuaian anggota, tindakan disiplin perlu dikenakan ke atas anggota atau pegawai polis berkenaan," katanya.

Sebelum ini, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal kerana gagal muncul walaupun diberi masa yang mencukupi untuk menyerah diri dan bekerjasama dengan penyiasatan terhadapnya.

Jamal dilaporkan menghilangkan diri pada Jumaat lepas selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.-Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...