Skip to main content

Fakta Menarik Mengenai Syed Saddiq Yang Mungkin Ramai Tak Tahu


Mungkin kebanayakkan daripada yang tidak mengenali siapakah sebenarnya Syed Saddiq?Sebelum ini beliau pernah disoal oleh seorang wartawan mengenai dirinya.Lantas Syed menjawab “Saya orang yang bangga menjadi anak Malaysia.Ianya kerana sejak dari bangku sekolah di Maktab Tentera Diraja (RMC) mereka telah didik supaya mencintai tanah air.

Anak kelahiran Johor Bahru ini dikatakan sangat kuat bekerja sama seperti ibunya dan menjadikan ibu sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan sehariannya.


Menurut Syed Saddiq,banyak pengalaman yang menyeronoknya semasa menceburi bidang perdebatan kerana di diberi peluang untuk mengembara ke 25 negara serta layak menerima kelas pertama.

“Atas tuntutan debat, saya berpeluang mengembara ke serata dunia,"jelas Syed Saddiq.


Dari pengalaman itu lah beliau banyak belajar bermacam perkara baru seperti budaya serta berpeluang mengenali penduduk di sana. Namun menurut Syed beliau tidak suka dilayan berlebihan cukup lah sekadar biasa-biasa sahaja.

Beliau adalah anak kedua daripada empat adik beradik ini pernah mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu.

Bukan itu saja malah,pasukan debat beliau telah melonjakkan nama universiti Islam di tempat ke-10 daripada 440 pasukan semasa Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) ke-35.

Syed bukan sekadar mempunyai wajah kacak malah seorang lelaki yang bijak kerana pernah meraih anugerah Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities pada tahun 2012-2014.


Bila ditanya apakah perbezaan Syed Saddiq sekarang dengan waktu awal menceburi bidang pendebatan?

Jawabnya,banyak perbezaan sehingga malu untuk diceritakan.Hanya ibu sahaja yang pernah melihat rakaman video pertama semasa berdebat.

"Pada masa itu,saya akui kurangnya pengetahuan dalam fakta-fakta penting,Oleh itu,supaya ianya tidak terlampau ketara saya menyampaikan hujah-hujah debat dalam keadaan penuh yakin".

Tambah Syed lagi setiap kali berdebat beliau gemar  menonjolkan keyakinan yang tingga apabila menyampaikan hujahnya.Jadi tidak heranlah sekiranya Syed dinobatkan sebanyak tiga kali mendapat gelaran pendebat terbaik sekali gus nama beliau dikenali ramai.

Syed Saddiq juga dikenali sebagai seorang pemuda yang merendah diri dalam apa jua situasi mesikpun pernah memenangi pelbagai anugerah.

 “Saya masih kekal dengan saya seperti yang dulu, cuma lebih baik dari segi pemikiran dan pembawaan diri",jelas Syed.

Ini adalah 10 perkara mengenai Syed Saddiq yang mungkin anda tidak mengetahuinya:-

Pertama,beliau amat meminati Selena Gomez.

Kedua,tidak suka dipanggil dengan gelaran YB kerana ianya kelihatan seperti orang tua.

Ketiga,mengakui belum mempunyai kekasih hati kerana "tiada masa" untuk bercinta.

Keempat,tidak sabar menunggu masa untuk berdebat bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam sidang Parlimen nanti.

Kelima,yakin janji 100 hari 10 janji Pakatan Harapan mampu dilaksanakan.

Keenam,beliau telah memenangi PRU14 kerana undian anak muda.

Ketujuh,amat gemar bersukan terutama sekali polo air dan hoki.

Kelapan,meminati bidang perguruan meskipun kini telah bergelar seorang ahli Parlimen.

Kesembilan,anak emak dan emaknya merupakan sumber inspirasinya.

Sepuluh, mengimpikan masa hadapan Malaysia yang lebih maju pada masa yang akan datang.Editor-Sofia

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut