4 Gambar Mad Sabu Dari Penjara Ke Putrajaya.


Terlihat kawan-kawan pakat share gambar Menteri Pertahanan dan Menteri Kesihatan duduk berlunjur bertiset oren. 

Untuk pengetahuan semua sebenar mereka adalah di antara para pejuang rakyat yang ditangkap dan seterusnya dimasukkan ke dalam Penjara Pudu akibat demo Protes Harga Minyak (PROTES) pada tahun 2008 semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri.


Selain Abang Mad Sabu dan Dr Dzulkifli Ahmad, dikalangan mereka ada 2 orang lagi yang turut bergelar YB iaitu Dr Hatta Ramli (merangkap Pengerusi JK Protes) serta Ginnie Lim. 

Dikalangan mereka ada juga yang telah pergi seperti arwah Abang Dino dan seorang lagi aku lupa nama beliau.

Kebetulan gambar-gambar itu dirakam melalui kamera milik kami. 

Jadi sebagai mengenang kembali pengorbanan dan jerit payah mereka, aku kongsikan kembali gambar-gambar mereka sebagai sebahagian dari lipatan sejarah perjuangan rakyat marhaen.