Skip to main content

Tiga Maut Dan Seorang Parah Gara-Gara Kereta Yang Dinaiki Terbabas


SETIU: Seramai tiga orang wanita telah meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki mereka telah bertembung dan dirempuh sebuah kenderaan lain di kilometer 59, Jalan Pantai Kuala Terengganu – Kampung Raja, Setiu.

Kejadian itu telah mengorbankan seorang pemilik kantin, Marina Deraman, 48 bersama dengan dua orang pekerjanya iaitu Azizah Jamaludin, 48, dan Dewiyanti Demmagassing, 36, di mana kemalangan maut terbabit dikatakan berlaku sekitar 6.40 pagi.

Seorang lagi mangsa Nor Ashimah Mohd Yasim, 36, yang turut berada di dalam kenderaan terbabit terselamat namun dia mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala.

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku ketika kesemua mangsa berada dalam perjalanan untuk menuju ke tempat kerja mereka yang terletak di Kolam Udang Kampung Nyatoh dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja.

Namun, apabila sampai di tempat kejadian sebuah kereta Mitsubishi Triton dipercayai sedang memotong kereta di hadapannya namun dia telah masuk ke laluan yang bertentangan sebelum kereta yang dinaikinya bertembung dengan kereta yang dinaiki mangsa.

Hasil daripada pertembungan itu telah menyebabkan kereta yang dinaiki mangsa itu terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebuah tiang elektrik.

Oleh kerana rempuhan terbabit agak kuat, salah seorang penumpang kereta Proton Waja terbabit tercampak manakala yang lain telah tersepit di dalam kereta terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian itu berlaku.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi menerima rawatan lanjut.

Manakala, kesemua mayat mangsa yang telah meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat serta menurut pihak berkuasa kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Astro Awani, Editor: S



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...