Setelah seminggu rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah nama dan bagaimana wajah puteri sulung penyanyi nombor satu Malaysia, akhirnya Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan nama bayinya dan mendedahkan wajahnya secara rasmi pada malam semalam.
Siti Nurhaliza dan suaminya Khalid memilih Siti Aafiyah sebagai nama anak sulung mereka dan membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis aqiqah dan tahnik yang diadakan di kediaman mereka pada malam semalam.
Menurut Siti Nurhaliza nama tersebut diambil berdasarkan satu doa yang berbunyi " O Allah, I ask you for 'Aafiyah" yang bermaksud sihat.
Siti mahu memberi peluang kepada peminatnya menonton majlis tersebut secara ekslusif turut menyiarkan secara lansung menerusi akaun Youtube SitiOfficialVideo.
Dua jam sebelum bermulanya majlis tersebut, Siti Nurhaliza turut berkongsi wajah anaknya buat kali pertama melalui akaun laman sosial miliknya di facebook dan Instagram.
Sebelum Siti dan suaminya mengumumkan nama sebenar anak mereka, bayi tersebut menggunakan nama sementara Fatimah Az-Zahra iaitu pipi merah.
Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac bersamaan 1 Rejab melalui pembedahan dengan berat 3.55 kg. Editor:Anna