Skip to main content

Ibu Bapa Bengang Dengan Cadangan Pengetua Yang Mahu Murid Mengenakan Pakaian Sekolah Baharu Yang Dikatakan 'Cekik Darah'


Tokyo - Di sekolah rendah awam, Ginza, pengetua mahu murid-murid menggayakan pakaian sekolah yang sesuai dengan status kawasan itu.

Harga pakaian sekolah yang berjenama Giorgio Armani, fesyen dari Itali itu dipercayai dua kali ganda berbanding pakaian sekolah semasa yang digayakan murid-murid terkini dan tidak sesuai dengan bajet ibu bapa.

Chu Ward yang mengendalikan Sekolah Rendah Taimei merancang untuk memperkenalkan pakaian sekolah standard yang baharu, dianggap sebagai uniform sekolah bagi sesi persekolahan tahun hadapan yang akan bermula pada April.

Uniform semasa yang bersaiz 130 berharga sekitar 17,000 yen (RM619) untuk murid lelaki dan 19,000 yen (RM691) untuk murid perempuan merangkumi sehelai jaket, seluar atau skirt, kemeja atau blaus dan topi.

Pakaian baharu pula akan menelan belanja lebih dari 40,000 yen (RM1,455) untuk item yang sama.

Sekiranya murid mengenakan pakaian lengkap jenama ini termasuk beg sekolah pilihan, ves, sweater dan stokin, kosnya akan melebihi 80,000 yen (RM2,910).

Pengetua Toshitsugu Wada menulis sepucuk surat menerangkan bagaimana idea pakaian baharu itu menggambarkan identiti 'sebuah sekolah di Ginza'.

Ibu bapa para pelajar membantah surat itu dengan mnghantar email kepada lembaga pendidikan untuk mengadu tentang beban kewangan yang dihadapi.

Pakaian baharu itu akan diperkenalkan untuk pelajar baharu yang memasuki sesi persekolahan pada April, sementara pelajar sedia ada boleh terus memakai pakaian semasa mereka.

Lembaga pendidikan yang prihatin memberi cadangan kepada Toshitsugu Wada untuk membatalkan cadangan pakaian baharu itu tetapi beliau berkata pakaian sekolah semasa tidak lagi dibuat, menyebabkan lembaga pendidikan menyimpulkan bahawa perubahan itu tidak boleh ditangguhkan.

Pada 8 Februari, Wada menulis satu kenyataan di laman web sekolah itu dengan mengatakan

"Saya membuat keputusan untuk masa depan Sekolah Rendah Taime,".

"Saya berasa rendah diri dengan aduan mengenai kekurangan penjelasan dan pengumuman yang lewat dan saya akan berusaha sebaik-baiknya untuk menjelaskannya dengan jelas (untuk mendapatkan pemahaman)."

Seramai 334 orang pelajar akan mendaftar pada April di Sekolah Rendah Taimei dan dijangka mempunyai 60 graduan pertama tahun hadapan. Editor:Anna

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...