Disebabkan Kecuaian Ibu Bapa, Anak Jadi Mangsa


Seringkali terjadi kemalangan yang melibatkan kanak-kanak berlaku akibat dari kecuain ibu bapa, malah lebih teruk lagi kecuaian ibu bapa tersebut boleh mengancam nyawa anak-anak.

Berikut adalah sebuah video yang ingin dikongsikan mengenai kemalangan yang tidak terduga akan berlaku melibatkan seorang bapa dan anak kecil.

Sebuah video yang berdurasi selama 24 saat memaparkan seorang bapa dan anak kecil terlibat dalam kemalangan motor di hadapan sebuah kedai akibat kecuaian bapa tersebut.

Bapa tersebut terlupa untuk mematikan enjin motor terlebih dahulu dan terus melihat telefon bimbitnya tanpa memerhati tingkah laku anaknya.

Tanpa disedari kanak-kanak kecil yang tidak memahami apa yang dilakukan cuba untuk turun dari motor tersebut dan terpulas pendikit motor yang ditunggang bapanya tanpa sengaja.

Akibat dari perbuatan kanak-kanak itu, motor yang dipandu bapanya bergerak dengan sendiri lalu melanggar dinding kedai tersebut.

Bapa dan kanak-kanak kecil itu terjatuh dari motor mereka, namun mereka bernasib baik kerana tiada kecederaan berlaku. Editor:Anna