Skip to main content

Wujudnya Kongsi Gelap Melayu Pada Tahun 1821


Siapa sangka kongsi gelap atau digelar pertubuhan rahsia sebenarnya telah lama bertapak di negara ini sejak sebelum Malaysia menyambut kemerdekaan lagi.

Namun begitu pada dasarnya kebanyakan orang menganggap bahawa kongsi gelap hanya wujud selepas kemerdekaan dengan bermulanya daripada bangsa asing.

Akan tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa menurut catatan sejarah yang tercatat menunjukkan bahawa sebenarnya sejak dari tahun 1850-an lagi orang-orang Melayu zaman dulu telah pun memiliki pertubuhan rahsia mereka tersendiri.

Penglibatan orang-orang Melayu di dalam pertubuhan rahsia telah dicatatkan sendiri oleh Ketua Polis Pulau Pinang (1851-1856) J.D. Vaughn.

Hasil penyelidikan beliau jelas menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang berpengaruh di dalam komuniti kampung adalah merupakan sebahagian daripada ahli-ahli pertubuhan rahsia.

Antara yang sering dilihat terlibat dengan pertubuhan rahsia adalah merupakan Imam-imam Masjid, guru-guru agama, pekerja kerajaan serta ketua-ketua kampung.

Pada suatu ketika dulu Pertubuhan Rahsia Melayu dikatakan berkait rapat dengan pertubuhan rahsia orang Cina kerana pada ketika itu mereka dikatakan sering menjalankan perniagaan sebagai rakan kongsi bersama-sama.

Kekuatan orang Melayu pada satu ketika dahulu tidak boleh dipandang ringan oleh ketua-ketua kongsi gelap Cina kerana mereka berminat untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia Melayu.

Teori mengatakan bahawa pertubuhan kongsi gelap Melayu adalah berasal dari kongsi gelap Cina, tetapi teori ini masih tidak dapat dikenal pasti dengan jelas.

Meskipun ianya berasal dari kongsi gelap Cina, namun kuasa yang dipegang oleh orang Melayu pada suatu ketika dahulu sememangnya amat digeruni oleh semua.

Pada 1850-an dua pertubuhan rahsia Melayu ini amat dikenali di kalangan penguat kuasa British, iaitu Kumpulan Bendera Merah dan Kumpulan Bendera Putih.

Kumpulan ini menjadi masjid dan surau sebagai tempat perjumpaan dan perbincangan mereka.

Perkara ini amatlah ditakuti oleh Kerajaan British kerana ianya akan menguatkan lagi orang Melayu untuk menentang mereka.

Namun, pada dasarnya pertubuhan rahsia Melayu ini hanya berteraskan dari sudut ekonomi dan survival orang Melayu di Pulau Pinang.

Pertubuhan ini bukan sahaja berada di Pulau Pinang,malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar yang wujud di negeri-negeri seperti Kedah, Johor , Pahang , Perak dan Melaka.

Kebanyakan pertubuhan-pertubuhan ini berasakan sekolah-sekolah persilatan.

Silat merupakan perantaraan utama bagi penyatuan bangsa Melayu pada ketika itu kerana ianya diperlukan bagi menjaga keselamatan diri,keluarga dan masyarakat.

Dari sinilah berkembangnya semangat perpaduan di kalangan orang Melayu kerana pada ketika itu penguat kuasa undang-undang yang diperolehi dari jajahan British tidak memadai dan selalunya akan menjadi berat sebelah.

Beratus tahun pertubuhan rahsia Melayu ditubuhkan, namun kita tidak tahu samada pertubuhan ini masih lagi wujud atau pun tidak.

Kerana dari apa yang dilihat sekarang pertubuhan baru yang tidak dapat dipastikan keasliannya.

Ada kemungkinan ianya berkaitan dengan  pertubuhan-pertubuhan dahulu atau mungkin tidak.

Pada tahun 1957 kita sering mendengar bahawa anak-anak Melayu khususnya yang akan bertuan kan kongsi-kongsi gelap Cina.

Hal ini amat memalukan kerana anak-anak Melayu yang menyertai kongsi gelap Cina dianggap hanya sebagai 'kuli' atau 'khadam' bagi menjalankan tugas-tugas kotor untuk ketua mereka.

Ada juga sesetengah dari kumpulan-kumpulan Melayu ini yang hanya berlagak seperti samseng padahal mereka tidak mempunyai sebarang kekuatan dari sudut ekonomi mahupun kekuatan anggota sepertimana yang pernah dikecapi oleh Kumpulan Bendera Merah dan Bendera Putih pada tahun 1850-an dahulu.

Tekanan yang diterima oleh orang Melayu Semenanjung pada ketika akan membuatkan kumpulan-kumpulan seperti Bendera Merah atau Putih akan muncul semula.

Semakin hari orang Melayu semakin ditindas oleh bangsa lain. Kadang kala keupayaan untuk berniaga juga telah dihadkan sesetengah penguasa negeri.

Sudah tiba saatnya untuk orang Melayu  bangkit semula untuk menghadapi masalah ini dengan berani nya.

Paling penting sekali ialah maruah dan kesinambungan legasi orang Melayu perlu di pertahankan sampai bila-bila. Sumber: Darulehsantoday.blogspot.my. Editor: Ila

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...