Skip to main content

Pertemuan Semula Empat Kembar Seiras Yang Terpisah Sejak Lahir Sungguh Mengharukan


Mempunyai kembar seiras adalah satu anugerah kerana bukan semua manusia dilahirkan dengan kembar.

Menurut statistik, kebarangkalian untuk pasangan kembar seiras dilahirkan adalah sebanyak 1 dalam 285 kelahiran, iaitu 0.35%.

Namun tidak semua kembar yang dilahirkan dapat bersama kerana ada yang terpisah sejak lahir.

Di sini ingin dikongsikan empat pasang kembar yang terpisah sejak lahir namun bertemu kembali pada jarak yang sangat lama.

1. Audrey Doering dan Gracie Rainsberry (Amerika Syarikat)



Sepasang suami isteri dari Wisconsin, Amerika Syarikat, Thomas dan Jennifer Doering sudah mempunyai 3 orang anak lelaki, namun keinginan mereka mempunyai anak perempuan bagi melengkapkan keluarga mereka membuat keputusan mengambil anak angkat untuk dijaga seperti keluarga sendiri.

Satu lagi pasangan juga dari Amerika Syarikat iaitu Washington, Scott dan Nicole Rainsberry yang mana juga sudah mempunyai 3 cahaya mata namun mahu menambah lagi ahli keluarga turut mengambil anak angkat.

Kedua-dua pasangan ini tinggal di daerah yang berlainan yang mana jauhnya 3,000 kilometer mencari anak angkat sehingga ke tahap antarabangsa hingga membawa kedua-dua pasangan ini ke China.

Pada Julai 2007 ketika berusia 14 bulan, Gracie telah dipertemukan dengan pasangan Rainsberry manakala kembarnya Audrey bertemu dengan pasangan Doering pada Ogos,2007

Walaubagaimanapun, kedua-dua pasangan ini langsung tidak tahu bahawa bayi yang dibawa pulang ke Amerika Syarikat, mempunyai pasangan kembar.




Setelah Sembilan tahun Aundrey tinggal bersama keluarga angkatnya, Jennifer berasa ingin tahu mengenai sejarah hidup anaknya dan dengan bantuan penyelidik China, beliau telah menjumpai sekeping gambar di mana Aundrey didukung oleh seorang wanita China bersama seorang lagi bayi.

Jennifer terkejut apabila kedua-dua bayi itu mempunyai wajah yang seiras lalu membuat siasatan lanjut melalui Facebook.

Akhirnya Jennifer bertemu dengan Rainsberry dan anaknya, Graice dan pasangan kembar itu telah bertemu kembali setelah 10 tahun terpisah buat kali pertama di dalam rancangan Good Morning America.
2. George Skrzynecky dan Lucian Poznanski (Poland)



Kisah ini lebih menyayat hati kerana pasangan kembar George Skrzynecky dan Lucian Poznanski ini bertemu kembali setelah terpisah hampir 70 tahun.

Ibu mereka, Jankowska Elzbieta dari Poland telah dihantar ke Jerman untuk bekerja di sebuah kem namun ketika Perang Dunia Ke-2 berlaku, beliau ditahan di kem tersebut.

Selepas Jankowska dibebaskan, beliau telah melahirkan sepasang kembar pada 1 Jun 1946 di Kassel, Jerman.

Jankowska mempunyai masalah kesihatan yang sangat teruk dan tidak dapat menjaga anak-anaknya itu lalu pasukan Palang Merah Poland membawa pasangan kembar ini pulang kemudian diberi kepada keluarga yang berbeza untuk dirawat sebagai anak angkat.

George dan Lucian langsung tidak tahu bahawa mereka mempunyai kembar kerana keluarga angkat tidak pernah menceritakan kisah tersebut.



George menemukan dokumen yang menunjukkan bahawa beliau merupakan anak angkat dan tahu beliau mempunyai kembar setelah berusia 17 tahun.

Berita itu membuatkan hubungan keluarga mereka retak lalu George membawa diri ke Amerika Syarikat.

Lucian pula diberitahu ibunya ketika mahu menyertai tentera dan kekal bersama keluarga angkatnya dan meneruskan hidupnya di Poland namun berita mengenai kembarnya masih tidak diketahui.

Pada tahun 1960-an, George meminta bantuan Palang Merah untuk mencari kembarnya namun gagal, tetapi George tidak pernah berputus asa dan tahu bahawa satu hari nanti, pasti beliau dan kembarnya akan bertemu semula.

Pada tahun 2014, ketika berusia 68 tahun, Lucian mendapat maklumat mengenai ibu kandungnya dan mengetahui bahawa beliau mempunyai kembar dan pasangan ini bertemu buat kali pertama pada tahun 2015 setelah 69 tahun berpisah.

3. Anais Bordier dan Sam Futerman (Amerika Syarikat dan Perancis)


Bayangkan ketika kita sedang menonton video di Youtube, tiba-tiba seseorang yang menyerupai wajah kita muncul di video tersebut.

Sudah pasti kita menganggap ia adalah seseorang yang wajahnya mirip dengan kita.

Inilah yang berlaku kepada Anais Bordier yang berasal dari Perancis dan merupakan seorang penuntut bidang fesyen di United Kingdom.


Rakan Anais terlihat seorang gadis dalam sebuah video yang berwajah serupa dengan Anais, dan memberitahu beliau.

Kemudian, video kedua dimuatnaik oleh individu tersebut, kali ini terpapar nama beliau, iaitu Sam Futerman.

Anais kemudiannya melakukan pencarian di Google dan membawa kepada penemuan gadis misteri tersebut dan mengetahui bahawa Sam Futerman merupakan seorang pelakon yang menetap di Amerika Syarikat.



Tidak hanya berwajah sama, Anais juga menemukan tarikh lahir gadis tersebut dan mendapati tarikh lahir mereka sama dan tempat kelahiran juga sama di Seoul, Korea serta kedua-duanya adalah anak angkat.

Anais kemudiannya memberitahu ibu angkatnya bahawa beliau yakin bahawa Sam adalah kembarnya kemudian menghubungi gadis itu melalui Facebook dan akhirnya, pasangan kembar ini dipertemukan semula selepas berpuluh tahun terpisah.
4. Siam Peillon dan Fabienne Gorge (Perancis)


Siam Peillon dan Fabienne Gorge adalah sepasang kembar yang lahir pada 4 Mac 1992 di Hanoi, Vietnam dan terpisah ketika masih bayi kerana diambil menjadi anak angkat oleh dua buah keluarga dari Perancis.

Pasangan kembar ini dibesarkan di Perancis namun tidak mengetahui kewujudan masing-masing.

Siam adalah seorang pemilik restoran manakala Fabienne pula merupakan seorang jururawat, namun mengetahui mengenai diri masing-masing pada 3 tahun lepas.

Ia berlaku apabila rakan Siam yang tinggal di Annecy (tenggara Perancis) terlihat seorang gadis di Facebook yang menyerupai wajah Siam, kemudian beliau memberitahu perkara tersebut dalam radio Eropah 1, membuatkan Siam cuba untuk menghubungi wanita bernama Fabienne tersebut.


Siam kemudiannya menambah kenalan (add) Fabienne di Facebook namun tidak diendahkan Fabienne.

“Saya melihat perkara itu melalui telefon pintar dan tak dapat melihat dengan jelas, namun selepas itu saya melihat gambar profil tersebut menyerupai wajah saya,” jelas Fabienne.

“Dan saya berkata pada diri saya, alamak, ada orang cuba nak godam akaun Facebook saya,” tambahnya lagi.

Namun kesungguhan Siam membuahkan hasil apabila Fabienne akhirnya memberikan respon dan mereka mula berbual namun tidak bertanya antara satu sama lain sama ada mereka adalah kembar atau tidak.



Selepas meneliti tarikh lahir, jenis darah dan gambar, akhirnya Siam terlebih dahulu berkata, “Bukan saya nak takutkan awak, tapi saya rasa kita adalah kembar,”.

Rupa-rupanya doktor yang menguruskan mereka ketika lahir menyembunyikan perkara ini daripada keluarga angkat masing-masing kerana untuk mengurangkan kesukaran proses mencari keluarga angkat.

Selepas beberapa ketika berborak melalui Facebook, akhirnya pada Januari 2014, Fabienne yang tinggal di barat daya Perancis terbang ke Lyon untuk menemui Siam untuk kali pertama, selepas lahir.
Sumber : ceritapress.today via banimedia , Editor:Farhana

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...