Skip to main content

8 Gambar Ibu Dan Anak Tinggal Dalam Kontena Ini, Tapi Lihat Di Dalamnya Anda Pasti Akan Terkejut!!!


Siapa sangka sebuah kontena kapal buruk bertukar menjadi sebuah rumah yang cantik.Hanya memerlukan sedikit kreativiti dan daya imaginasi ianya akan menjadi kenyataan.

Lulu seorang ibu yang terpaksa keluar dari rumahnya dan tidak mempunyai wang yang banyak untuk menyewa rumah melainkan tinggal di dalam kontena. 

Bunyi nya pelik bukan? Tetapi percaya lah dengan apa yang anda lihat ini semua adalah hasil dari dayah imaginasi Lulu. Malah ianya nampak begitu cantik dan selesa.

Ibu yang kreatif ini mula menyambung pengajiannya dan dia tidak mempunyai masa untuk membuat kerja tambahan. Dia mahu meluangkan masa yang banyak untuk anak perempuannya semasa waktu terluang. 

Di sebab kan tidak mempunyai wang untuk membayar sewa ,dia terpaksa akur keluar dari rumah itu. 

Lulu cuba mengubah hidup dengan membina rumah kontena kapak 15 persegi yang didapati secara percuma.


Sejujurnya dia tiada sebarang pengalaman dalam pembinaan, Lulu mengambil masa sebulan untuk membina rumah baru nya yang lengkap dengan tingkap, penebat, dan dapur yang berfungsi. Semuanya dibina menggunakan bahan kitar semula sahaja.

Hanya $4,000 kos rumah barunya.

"Apabila anda tidak mempunyai wang yang banyak secara semula jadi anda akan menjadi begitu kreatif,"kata Lulu.

Hasilnya? Anda sendiri mampu menilai nya cantik atau tidak.


Malah bahagian dalam rumah ini tidak nampak sempit atau berterabur.

Lulu juga membuat balkoni kecil supaya dapat menikmati matahari pada awal pagi.


Lihat taman kecil yang dibina oleh Lulu ini sangat cantik.


Lulu juga membina sebuah bilik tidur yang berasingan di dalam sebuah treler besar.


Betapa cantiknya hasil dari daya imaginasi Lulu.


Anak perempuan Lulu juga mempunyai katil tingkatnya sendiri dia boleh tidur dan berjumpa dengan kawan-kawannya.


Lulu sanggup berpindah ke tempat mudah yang lain jika dia tidak boleh meluangkan lebih banyak masa bersama anak perempuannya.

"Ia nya bergantung kepada pilihan kita sendiri, berapa banyak masa ,dan bagaimana cara kita menghabikan masa itu,"katanya. Sumber: Media Terkini. Editor: Ila

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...