Polis Tahan Wanita Ini Gara-Gara Tidak Berseluar.


Merseyside – Seorang wanita di tahan pihak polis kerana tidak berseluar dan berjalan dalam keadaan bertelanjang.

wanita yang dikenali sebagai Abbie Crawford itu sebenarnya, memakai seluar panjang nipis yang menyerupai warna kulitnya serta digayakan bersama dengan baju kot.

Gambar Abbie, 25, menjadi viral selepas penduduk di Newton-Le-Willows di Merseyside tersalah membuat andaiyan mengenai cara dia berpakaian.

Abbie tampil untuk mendedahkan bahawa dia sebenarnya, memakai seluar nipis jenama Topshop yang seakan-akan sama dengan warna kulitnya.

“Saya memakai seluar itu apabila mahu menarik perhatian ramai dan ia tidak pernah mengecewakan saya.

“Rakan saya menunjukkan gambar yang tular di media sosial itu semalam membuat saya terkejut dan seakan-akan tidak percaya,” katanya.

Ketika berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki, Abbie menyedari dirinya diperhatikan orang ramai yang menyangka dia keluar dalam keadaan bertelanjang. Editor: Atila Atasha