Skip to main content

16 Gambar: Wanita Kongsi Cara Hias Rumah Kecil Tapi Nampak Mewah.


Setiap orang khususnya wanita pasti mempunyai cara tersendiri bagaimana mahu menghias atau dekorasi rumah masing-masing, terutamanya bagi mereka yang baru sahaja memiliki rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri.

Namun selalunya kita tidak dapat menghias rumah dengan baik antaranya disebabkan oleh masalah kekurangan bajet ataupun ruang rumah yang terhad. Tetapi ada juga sesetengah orang tidak mahu mendekorasi kerana takut tidak kelihatan menarik.

Bagaimana pun, jangan jadikan alasan untuk tidak berhias dengan cantik.

Dan ini terjadi kepada seorang pengguna Facebook yang dikenali Watiey Abdullah telah berkongsi di Facebook caranya dia dan suaminya, Farhad Hassan menghias rumah mereka menjadi cukup indah. Walaupun ruangnya agak sempit dan terhad, namun wanita ini berjaya mengubah ruang kecil menjadi lebih menarik dan hebat. Dan kami kongsikan bagaimana caranya menghias syurga miliknya ini.

IDEA DEKORASI UNTUK RUANG KECIL. Boleh kongsi kalau suka.

Hobi baru bila bosan makeup, Kadang-kadang bila melancong sana sini duduk di hotel, rasa macam seronoknya kalau hari-hari dapat duduk di hotel. Design minima dan sentiasa kemas. Lepas ni kelas makeup area Melaka atau Negeri Sembilan, Watiey buat dekat rumah je. Yeayyy.

So alhamdulillah, lepas dua bulan dapat kunci, dah siap sama macam apa yang saya dan suami rancang konsep rumah jadi nak kongsikan hasil dekorasi sendiri, rujukan dari internet. Walaupun tak besar macam rumah Aliff Syukri, tapi setiap sudut itu ada ciri-ciri yang masing-masing nak. Terima kasih cik abang Farhad Hassan sebab tolong realisasikan.

Tip nak deco rumah?

1) Bincang konsep rumah sebelum mula masuk rumah. Jadi nanti tidak membazir beli barang merapu tak tentu hala (walaupun ada juga terbabas).

2) Dapatkan persetujuan dua-dua suami isteri.

3) Kalau isteri tak setuju, ulang langkah 1.

4) Kos? Jangan terburu-buru, buat ikut bajet. Macam kami, masing-masing menyumbang untuk dapatkan barang yang nak. Duit simpanan untuk berjalan, bercuti, beli makeup, beli segala benda lah kami korbankan untuk deco rumah. Jangan sampai buat pinjaman!

Rujukan Mana Barang Dapat?

Barang elektrik – House of lighting, Puchong

Perabot – IKEA, Lazada

Deco – IKEA, Kaison, Mr DIY

Custom dining table – stuckwoodbyakubotak

Custom pallet bed – pine pallet by Al Siddiq

Vinyl Flooring – Al-Aqsa Carpet

Langsir – Tak payah la, mana-mana pun sama.

Wallpaper – Korea wallpaper

Hard pipe / dark oak solid wood loft – DIY MART

Pintu masuk, ruang tamu. Ruang paling utama sekali sebab ruang ini ruang nak lepak-lepak dan kebanyakan masa akan habis dekat sini.


Watiey suka warna-warna sejuk suram kelam, jadi warna utama kelabu kuning air kemudian tambah pokok-pokok  nak bagi ada warna hijau sikit untuk nampak segar. Dah siap deco pun masih nampak ada ruang lagi, yang penting mesti selesa supaya nak lepak, baca buku ke apa rasa tenang je.
Dinding kami biar kosong sebab tak nak nampak sesak sangat.

Moden kontemporari atau perindustrian ?

Bahagian depan dah ada kerusi jadi kawasan ni nak bagi nampak kosong dan luas dekat lantai kita pasang hard pipe + dark oak solid wood by DIY MART


Ruang makan, macam mana nak bagi nampak cantik dan selera nak masak?

Watiey dan suami membuat keputusan untuk konsep ala-ala macam kabin. Warna-warna batu dan hijau buat nampak sejuk. Meja memang dari dulu suka tengok meja kayu. Nak ada elemen natural. Memang favourite area ni suka lepak-lepak dengan suami dekat sini sebab ‘rasa’ sejuk. Nanti nak tambah mata air boleh dengar bunyi air ala-ala kat sungai.

Hijau-hijau mesti ada, baru lah mata dapat rehat. Tambah pokok hiasan sikit dengan wallpaper natural ada lumut-lumut hijau. Tenang nak makan.

Bar area, dua-dua kaki minum kopi Jadi sini lah tempat melepak macam zaman-zaman bercinta sambil perah coffeemaker tu.

Ruang dapur memang sangat kecil jadi tak dapat nak letak banyak barang atas table top nanti nampak semak. Jadi pakai la troli bergerak tu untuk jimat ruang.


Bilik tetamu,, tambah dengan wallpaper bricks + hardpipe/dark oak solid wood. Tak payah guna almari makan ruang. Tetamu boleh guna pipe tu je nak gantung.


Akhirnya bilik makeup ! dah amik siap-siap .. haha .. ini lah semua karya-karya Watiey terhasil.
Terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis. Selamat mendecor ! Sumber: Watiey Abdullah. Editor: Atila Atasha

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut