Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa m4ut ialah Mohamad Zulkifli Ishak, 32; isterinya, Norshila Zali, 36, dan adik Muhamad Zulkifli iaitu Muhammad Alif Syukri, 18.
Ketiga-tiganya menaiki Nissan Grand Livina.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Norzahari Mohd Nor berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, Mohamad Zulkifli bersama isterinya itu yang beralamat di Kampung Pasir Era, Kuala Krai Kelantan, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka, selepas menjemput adiknya Muhammad Alif Syukri yang belajar di Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) Kuantan.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, MPV itu dikatakan berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Dua mangsa di dalam MPV terbabit disahkan meninggal di tempat kejadian, sementara seorang lagi mangsa di dalam kenderaan sama, yang p4rah, dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum disahkan meninggal dunia di hospital terbabit ," katanya.
Katanya, kedua-dua mangsa di dalam sebuah lagi kenderaan terbabit kemalangan itu, turut cedera, dan dihantar ke hospital sama untuk mendapat rawatan.
"M4yat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.