Powered by Blogger.

Saturday, August 15, 2020

Pasangan Kekasih Ditahan Ugut Sebar Video


KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 22 tahun ketakutan kerana wanita yang dikenali melalui alam maya TAM TAM mengugut mahu sebarkan video bogelnya.

Menurut laporan bernama.com, polis menahan reman dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemerasan ke atas wanita membabitkan satu video bogel di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 30 terbabit ditahan semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 22 tahun pada 9 Ogos lalu.

“Mangsa membuat laporan polis bahawa dia menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang wanita meminta bayaran RM10,000 sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video bogel mangsa.

“Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita melalui aplikasi mesej TAM TAM sebelum ini,” kata Nik Ezanee dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat menurut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.