Powered by Blogger.

Saturday, May 30, 2020

Suami Isteri Berjauhan Dibenarkan Rentas Negeri

KPP Jadi Panduan Kementerian Pertahanan Dalam Pelaksanaan – TVS ...
KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei. - Berita Harian Online