Powered by Blogger.

Monday, May 11, 2020

Video: Norhizam Bergaduh, Panggil Adun pembangkang Babi Tular

Isu diserang kata-kata kesat: Saya wakil rakyat kental - Norhizam
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini menggambarkan dirinya sebagai "Hulk", hilang sabar semasa persidangan DUN Melaka pagi ini.

Norhizam, yang telah bergabung dengan Perikatan Nasional, dilihat bertikam lidah dengan ahli dewan undangan negeri dari bekas partinya DAP.

Pada jam 10 pagi tadi, Speaker Omar Jaafar menangguhkan sidang DUN hanya selepas 30 minit berlangsung apabila berlaku perbalahan di antara beliau dengan bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron (Umno-Sungai Udang) dan beberapa Adun PH.

Adun Perikatan Nasional (PN) kemudian berkumpul semula dan meneruskan sidang DUN tanpa kehadiran wakil pembangkang.

Mereka kemudian mengundi untuk menyokong Pengerusi Umno Melaka yang juga bekas setiausaha kerja Umno Malaysia, Ab Rauf Yusoh sebagai speaker yang baru.