Powered by Blogger.

Friday, September 13, 2019

Isu Video Lucah Awek Kastam Tular, Bekas Teman Lelaki Ditahan


SHAH ALAM - Bekas teman lelaki kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang terlibat dengan penularan video aksi lucah yang tular di media sosial baru-baru ini direman selama empat hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai juruteknik kilang itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Menurut Fadzil, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit milik lelaki berkenaan yang dipercayai diguna untuk menyebar video anggota JKDM berusia 21 tahun itu.

“Bekas teman lelaki wanita berkenaan ditahan di kediamannya semalam di Telok Panglima Garang kira-kira pukul 6.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

“Buat masa ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut merangkumi semua aspek termasuk berapa lama tempoh perkenalan kedua-dua individu terbabit. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 6 September lalu, sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi seorang wanita berpakaian seragam JKDM melakukan aksi lucah tersebar di laman sosial.

Video termasuk gambar individu berkenaan disebarkan melalui aplikasi Whatsapp memaparkan tindakan wanita itu membuka uniform dipercayai dalam bilik persalinan agensi berkenaan.- UTUSAN ONLINE