Powered by Blogger.

Saturday, June 29, 2019

Nenak Akhirnya ‘Ditahan’ Polis Walaupun Tanpa Melakukan Sebarang Kesalahan


MANCHESTER: Seorang nenek di Manchester, England yang sepanjang hayatnya sangat berkelakuan baik, akhirnya ‘ditahan’ polis walaupun tanpa melakukan sebarang salah laku jenayah.

Namun, bagi Josie Birds, 93 tahun, itulah hajatnya yang amat diidamkan.

Portal berita The Guardian dan BBC melaporkan, Birds yang selama ini patuh pada undang-undang, ingin tahu perasaan menjadi ‘nakal’. Permintaan supaya dirinya ditangkap polis adalah antara ‘permintaan sebelum menghembuskan nafas terakhir’.

Pada 22 Jun lalu, cucu perempuan Birds, Pam Smith, berterima kasih kepada polis Manchester kerana menunaikan permintaan itu:

Smith memberitahu bahawa neneknya itu, yang mempunyai enam anak perempuan, 20 cucu, 28 cicit dan dua piut, ‘ditahan’ atas kesalahan merompak kedai runcit. Namun, itu adalah sebahagian daripada plot lakonan.

Birds telah digari oleh dua pegawai polis dan dibawa ke balai polis, dan di situ dia telah disoal siasat secara ‘bertubi-tubi’.

“Dia mahu dipenjarakan juga, namun pihak polis tidak sampai ke tahap itu, sebaliknya menghidangkannya dengan teh dan juga kek,” ujar Smith.

Walaupun semua itu untuk berseronok, sesetengah pengguna Twitter tempatan tidak bersetuju dengan perkara itu. Ia dilihat sebagai ‘hak istimewa orang kulit putih yang dipermainkan’.
 

Dari sudut lain, ada yang menyatakan bahawa sesetengah pihak seperti golongan kulit hitam, 'sering ditahan polis tanpa sebab, dan tanpa melakukan apa-apa kesalahan'.

Birds bukan satu-satunya warga emas Britain yang mahu merasa diri ditangkap pihak berkuasa. Mac lalu, Anne Brokenbrow, 104, dari Bristol, England juga ditahan polis atas permintaannya, sekali gus mencetus trend baharu dalam kalangan mereka yang mahu pengalaman menjadi ‘nakal’ atau 'jahat'.