Powered by Blogger.

Tuesday, April 9, 2019

5 Gambar: Nasib Malang Wanita Ini Ketika Bercuti


BANGKOK: Polis Thailand menangkap dan mendakwa pengutip sampah berhubung kes rogol dan bunuh pelancong Jerman yang bercuti di negara itu, kata pihak berkuasa.

Mayat berlumuran darah wanita berusia 27 tahun itu ditemui kelmarin ditanam di bawah timbunan daun kering dan batu di pulau Koh Sichang di Teluk Thailand.

Mangsa dipukul teruk di muka dan pelipis, kata jurucakap polis, Krissana Pattanacharoen, dalam kenyataan.

Suspek dikenal pasti sebagai Ronnakorn Romruen, 23.

Polis berkata, beliau bertembung dengan pelancong Jerman itu, yang memasuki negara berkenaan pada 23 Mac, berhampiran lokasi jenayah dan merogolnya.

“Suspek bimbang mangsa membuat laporan polis, jadi dia menggunakan batu untuk memukul wanita itu pada pelipis dan muka,” kata Krissana.

Dia ditahan beberapa jam kemudian di rumahnya, memakai baju dan seluar berlumuran darah, kata polis.

Pihak berkuasa mendakwa Ronnakorn dengan bunuh dengan niat, rogol dan menyembunyikan mayat, kata Superintenden Polis Sichang, Atthakoon Salakoon.