Powered by Blogger.

Wednesday, March 28, 2018

Tanda-tanda Seseorang Lelaki Itu Masih Teruna Atau Tidak


Wanita sering kali dikaitkan dengan pertanyaan sama ada ‘masih dara ataupun tidak?’. Ini kerana ramai yang menggangap bahawa wanita yang mempunyai dara amatlah penting bagi membuktikan kesucian diri bagi seorang wanita sebelum berumah tangga.

Bagi wanita, dara amatlah mudah untuk dikesan di mana ketika bersama di malam pertama perkahwinan, wanita yang masih mempunyai dara akan berasa sedikit gugup dan menangis kesakitan di saat “pecah dara” akibat penetrasi daripada zakar suami.

Namun, bagi lelaki pula, untuk mengetahui bahawa lelaki tersebut masih teruna mahupun tidak amatlah susah kerana kebanyakan tanda-tanda tersebut sukar untuk dijumpai.

Bagaimanapun, anda tidak perlu lagi risau kerana berikut merupakan rahsia besar yang bakal dikongsi untuk mengesan tanda-tanda seseorang lelaki itu masih teruna mahupun tidak menurut Melvister.com.

Tanda pertama adalah lelaki yang masih teruna lebih suka mengintai ataupun curi pandang wanita cantik.


Ini sangatlah berbeza dengan lelaki yang sudah tiada teruna di mana mereka melihat tubuh badan wanita tanpa perlu berselindung.

Perbuatan ini lebih gemar berlaku ketika berada di tempat awam mahupun ketika terlihat gadis-gadis cantik di mana para lelaki yang tiada teruna akan lebih asyik menikmati pemandangan yang sedia ada.

Fakta kedua adalah lelaki teruna akan segera mengalihkan pandangannya apabila pandangannya itu ditentang wanita cantik manakala lelaki tiada teruna akan bertindak mengekalkan pandangannya dan kadang kala mereka lebih gemar memandang wanita cantik sehingga kelibat wanita tersebut hilang daripada pandangan mata.

Lelaki teruna kebiasannya akan menundukkan pandangan mereka apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira dengan mengetap bibir untuk menyembunyikan senyuman mereka tetapi lelaki yang tidak berteruna hanya akan menunjukkan reaksi secara bersahaja.

Ini merupakan perbezaan yang wanita boleh lihat saat bersama dengan lelaki di mana dengan cara wanita dengan mudah boleh mengetahui tanda-tanda lelaki yang tiada teruna.

Kebiasaanya, lelaki teruna berasa malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik.


Pergerakan tubuh badannya juga akan menjadi kaku secara tiba-tiba jika perkara sebegini berlaku ke atas dirinya berbanding dengan lelaki yang tidak mempunyai teruna.

Selain itu, lelaki teruna juga akan sepantas kilat berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

Ini kerana, mungkin itulah kali pertama lelaki tersebut berdepan dengan situasi sedemikian di mana dia merasakan bahawa dia sangat kurang keyakinan untuk berhadapan dengan wanita yang disukainya itu.

Dalam pada masa yang sama, lelaki yang mempunyai teruna kadang kala akan membuatkan pasangannya merasa bosan ketika bercinta.

Perkara ini berlaku kerana kebanyakan lelaki sebegini tidak mempunyai pengalaman yang meluas di dalam bidang percintaan dan tidak mengetahui car-cara tertentu untuk menarik minat pasangan mereka untuk menyukai dirinya itu.

Seterusnya, lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya semata-mata untuk menambat hati pasangannya itu.


Kebanyakan daripada mereka gemar berbelanja bagi memuaskan keinginan yang dipinta oleh pasangan mereka kerana dengan cara itu, pasangan mereka tidak akan meninggalkan diri mereka.

Kadang kala lelaki yang teruna juga boleh dikatakan terlalu sensitif jika sesuatu masalah menimpa diri mereka.


Mereka akan bertindak dengan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan berasa sangat sedih apabila diri mereka telah diabaikan.

Rahsia terakhir adalah lelaki teruna akan selalu mengagung-agungkan pasangannya dan sentiasa menyatakan bahawa pasangan itu tidak akan dapat ditandingi oleh orang lain.

Mereka juga akan lebih gemar bercerita mengenai pasangannya itu dan memujinya apabila berbual atau berhadapan dengan rakan mereka yang lain.

Berdasarkan rahsia menarik yang dikongsi ini, sudah pasti ramai lelaki yang tidak senang kerana rahsia mereka sudah diketahui umum. Jadi, selepas ini, para wanita haruslah menyemak pasangan anda seandainya pasangan anda itu benar-benar mempunyai tanda seperti di atas. Editor: Ira