Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang wanita meluahkan kemarahan selepas mendakwa terbabit dalam kemalangan akibat tindakan seorang pemandu warga emas yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk. Menurut wanita tersebut, kejadian berlaku apabila pemandu berkenaan dikatakan keluar dari simpang secara tiba-tiba tanpa memberikan isyarat, sekali gus memaksanya melakukan brek kecemasan. Wanita itu turut mendakwa ketika kejadian dia membawa anak saudaranya di dalam kereta dan bersyukur kerana tidak memandu laju walaupun lampu isyarat berada dalam keadaan hijau. Lebih membimbangkan, wanita berkenaan mendakwa pemandu warga emas itu membawa minuman keras di dalam bajunya, selain bertindak memaki hamun dan memarahinya seolah-olah kemalangan tersebut sengaja dilakukan. Rakaman itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyuarakan kebimbangan terhadap bahaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol kerana bukan sahaja mengancam nyawa pemandu itu sendiri, malah turut me...