Skip to main content

Posts

Gombak Dan Petaling Kembali Jadi Zon Merah

SHAH ALAM - Daerah Petaling dan Gombak yang sebelum ini ditakrif sebagai zon kuning bertukar kembali kepada zon merah apabila terdapat peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah daerah zon merah di Selangor kini adalah tiga. Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi info grafik yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya memaklumkan tiga daerah itu adalah Gombak yang mencatat 77 kes aktif, Hulu Langat (49 kes aktif) dan Petaling (43 kes). Enam daerah lagi masih kekal sebagai zon kuning iaitu Klang sebanyak 18 kes, Kuala Selangor (14), Kuala Langat (enam), Sepang (tiga), Sabak Bernam (dua) dan Hulu Selangor yang mencatat satu kes. Hanya satu mukim di Selangor ditakrif sebagai zon merah iaitu mukim Batu di daerah Gombak yang mencatat 71 kes aktif positif Covid-19. Sebanyak 24 mukim lagi kini berada di zon kuning manakala 31 mukim lagi ditakrif sebagai zon hijau apabila tiada kes aktif direkodkan. “Hari ini (semalam) terdapat kenaikan...

Dua Peniaga Dijangkiti Covid-19 Pasar Besar Seremban Pula Ditutup

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Pasar Besar Seremban terpaksa ditutup bermula hari ini berikutan terdapat dua peniaga di pasar itu disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19) selepas mengambil bekalan niaga di Pasar Borong Selayang. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Zazali Sallehudin berkata, sebaik sahaja menerima maklumat tersebut petang semalam, pihaknya mengambil keputusan drastik menutup pasar tersebut setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Menurutnya, tindakan pantas itu bagi membolehkan MPS melakukan kerja-kerja pembersihan dan operasi sanitasi di sekitar pasar serta kawasan berhampiran. "Walaupun tidak ada lagi pengumuman rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kes di sini tetapi kita mengambil langkah proaktif dalam melakukan pencegahan. "Penutupan ini juga membolehkan pihak jabatan kesihatan melakukan tindakan lanjut bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Pasar Besar Seremban setelah mengambil...

Sita Premis Warga Asing Kerana Melakukan Pelbagai Kesalahan

KLANG : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 10 premis termasuk kendalian warga asing, selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi selama dua jam semalam. Antara kesalahan utama dilakukan setiap premis terbabit termasuk berniaga tanpa lesen, menjual ayam hidup tanpa lesen serta menghalang laluan kaki lima. Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, berkata operasi penguatkuasaan selama dua jam itu bermula 2 hingga 4 petang semalam membabitkan kawasan Klang Selatan dan Klang Utara. "Di kawasan Klang Selatan, MPK memeriksa premis perniagaan sekitar kawasan Perindustrian Fasa 1 dan Fasa 2 di Pulau Indah, apabila penguat kuasa mendapati daripada tujuh premis yang beroperasi dan hanya satu premis didapati tidak berlesen iaitu pasar mini. "Pasar mini terbabit disita mengikut UUK 3 Undang- Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan & Perindustrian (PTPP) (MPK) 2007. "Bagaimanapun, enam premis menjual barangan runcit berlesen itu didapati me...

Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Dalam Sekatan Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut dalam nahas jalan raya ketika bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya LEKAS, awal pagi Ahad. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu di bawah pengaruh alkohol kira-kira jam 2 pagi. "Kejadian berlaku apabila pemandu kereta Toyota Hilux yang datang dari arah Kajang menuju ke Plaza Tol Kajang Selatan gagal mengawal kenderaan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. "Pemandu tersebut telah melanggar seorang anggota polis sedang bertugas serta kenderaan polis yang diletakkan di tepi jalan. "Kenderaan tersebut telah menghempap mangsa sehinggakan menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan, sekali gus meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad. Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata laporan polis telah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya namun pemandu Hilux masih b...

Kes Positif COVID-19 Di Selangor Meningkat Mendadak

Selangor mengalami kenaikan mendadak dalam jumlah kes positif COVID-19 apabila merekodkan 63 kes baharu hari ini berbanding 24 kes semalam. Menurut kenyataan yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, kenaikan kes baharu itu dapat dijangka dan datang daripada kawasan yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). "Hari ini terdapat kenaikan rekod kes yang mendadak di mukim Batu yang menjadikannya berubah kepada zon merah. "Kenaikan keseluruhan kes baharu di Selangor juga mempengaruhi petunjuk bagi daerah yang mana daerah Petaling dan Gombak kembali menjadi zon merah. "Antara faktor dorongan kenaikan kes baharu datang daripada kawasan Perintah PKPD. Kenaikan kes di kawasan berkenaan dapat dijangka dan berada dalam kawalan baik," jelas kenyataan itu. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes terkumpul di negeri itu adalah sebanyak 1,518 kes setakat hari ini. Sementara itu, ber...

Bayi Enam Bulan Maut Perodua Myvi Dipandu Bapa Terbabas

PARIT - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas di KM4, Jalan Bota Kiri - Tanjung Belanja berhampiran Tanjung Aur di sini hari ini. Nahas sekitar jam 8.15 malam itu menyebabkan mangsa, Afham Faiq Azrul Amir meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku akibat terbabas sendiri. “Siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kampung Paloh hendak pulang ke rumah mereka di Seri Iskandar. “Apabila tiba di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam parit,” katanya. Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas di Tanjung Aur, Bota hari ini. - Foto PDRM Menurutnya, impak kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian da...

Donald Trump Gelar Kumpulan Bersenjata Di AS Orang Baik-Baik

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan kumpulan bersenjata yang menyerbu bangunan capitol di Lansing, Michigan pada Khamis lalu sebagai orang baik-baik. Trump turut menggesa supaya Gabenor Gretchen Whitmer bersemuka dan berunding dengan kumpulan tersebut yang berhimpun buat kali kedua bagi memprotes pelaksanaan perintah lockdown bertujuan mengekang penularan koronavirus (Covid-19) di negeri berkenaan. "Gabenor Michigan beri mereka peluang. Mereka ini orang baik-baik tetapi mereka amat marah. "Mereka hanya mahu kehidupan kembali normal. Jadi, jumpa dan bercakap dengan mereka. Buat perjanjian," kata Trump di Twitter. Terdahulu, keputusan Whitmer melanjutkan tempoh lockdown sehingga 28 Mei ini menimbulkan kemarahan penduduk terutamanya penyokong tegar Trump kerana mendakwa gabenor dari parti Demokrat itu melanggar hak konstitusi mereka. Pada Khamis lalu, protes anti lockdown di Michigan bertukar tegang apabila penunjuk perasaan yan...