Skip to main content

Isteri Bersama Teman Lelaki Ditangkap Ugut Suami


PONTIAN: Seorang isteri sanggup mengugut suaminya sebanyak RM2,000 dengan bantuan teman lelakinya dengan alasan ingin berjumpa ibunya di Kota Tinggi, sebaliknya pergi ke Kluang.

Walau bagaimanapun, taktik wanita itu yang berusia dalam lingkungan 30-an dan teman lelakinya, 40-an, berasal dari Kluang terbongkar dan mereka berjaya ditahan di dua lokasi berasingan di Kluang, malam kelmarin.

Ketika ditahan, tiga kanak-kanak, dua perempuan dan seorang lelaki berusia tiga hingga 12 tahun turut berada bersama-sama wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, pada Khamis lalu, suami wanita itu telah menghantar isteri dan tiga anak mereka ke perhentian bas di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas untuk ke Kota Tinggi.

Namun, selepas itu suami tersebut gagal menghubungi isterinya dan telah menghubungi ibu mentuanya di Kota Tinggi, tetapi dimaklumkan isterinya tiada di sana.

“Keesokannya, pada pukul 12.14, ketika suaminya berada di rumah telah menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali meminta wang RM2,000 sekiranya isteri dan anaknya pulang.

“Ekoran ugutan itu, suami wanita itu telah membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Pontian pada pukul 9.47 malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang meminta bantuan orang ramai supaya mengesan seorang ibu dan tiga anak yang menaiki bas ke Kota Tinggi tetapi tidak sampai ke destinasinya.

Mohammad Shofee berkata, wanita dan teman lelakinya itu kini ditahan reman selama empat hari hingga 30 Julai ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 358 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau dengan sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga kanak-kanak mereka kini diserahkan kepada bapanya untuk penjagaan. - UTUSAN

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut