Powered by Blogger.

Sunday, August 23, 2020

Ibu Sanggup Merelakan Anak Bersama Suami


Seorang lelaki di Indonesia ditahan pihak berkuasa setelah didakwa merogol anak kandungnya setelah mendapat persetujuan isterinya sendiri.

Menurut laporan, Lelaki itu menugut untuk menceraikan si isteri jika tidak membenarkan dia merogol anaknya sendiri menyebabkan si ibu tergamak membiarkan anak kandungnya dicabuli suami sendiri.

Menyedihkan, kejadian itu berlarutan selama enam tahun, sejak anak perempuan mereka berusia 10 tahun.

Tidak tahan dengan perbuatan bapa kandungnya, mangsa yang berusia 16 tahun itu mendedahkan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Padang, baru-baru ini.

Portal tempatan Kompas yang memetik Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Padang, Komisioner Rico Fernanda sebagai berkata, bertindak atas laporan itu, polis menahan bapa kandung mangsa, kira-kira pukul 11.30 malam, Jumaat lalu.

Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian terkutuk itu berlaku setiap kali remaja itu meminta wang daripada bapanya.

"Kejadian ini berlarutan sejak mangsa berusia 10 tahun. Setiap kali, mangsa meminta wang, perkara itu seoalah-olah datang dengan syarat dengan menyerahkan diri," katanya di sini pada Sabtu.

Rico memberitahu, kejadian itu diketahui ibu mangsa namun mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana khuatir diceraikan suaminya.

Katanya, siasatan kes terhadap suspek akan dijalankan di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 15 tahun. - Astro AWANI