Powered by Blogger.

Wednesday, May 6, 2020

Warga Asing Tidak Dibenar Masuk Malaysia

Jawatankuasa khas selaras Perintah Kawalan Pergerakan
PUTRAJAYA: Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan masih mengekalkan polisi tidak membenarkan warga asing memasuki negara buat masa ini, termasuk menerusi laluan udara.

Beliau berkata, perkhidmatan penerbangan, termasuk AirAsia, hanya dibenarkan membawa masuk warganegara Malaysia.

“Yang boleh dibawa masuk adakah warga negara Malaysia dan mereka ini pun akan dikuarantin 14 hari dahulu.

“Kebenaran untuk masuk dari pintu masuk atau melalui sempadan negara adalah untuk warganegara sahaja,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai AirAsia Indonesia yang merancang untuk memulakan semula penerbangan dari Surabaya ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru 18 Mei ini.

Ismail berkata, beliau telah menghubungi AirAsia dan dimaklumkan bahawa perkara itu tidak benar.

“Saya baru bercakap dengan AirAsia dan mereka kata tidak ada. Saya maklumkan kepada mereka, jika tidak ada, Alhamdulillah.

“Kalau ada, kita tidak benarkan bukan warganegara masuk. Yang mereka boleh bawa masuk hanya warganegara Malaysia. AirAsia perlu akur dengan arahan kerajaan,” katanya. - Free Malaysia Today