Powered by Blogger.

Thursday, May 21, 2020

Dikompaun RM1,000 Rentas Negeri Bagi Alasan Melawat Bapa Ada Penyakit Kencing Manis

PKPB: Empat Sekeluarga Boleh Keluar Rumah Naik Satu Kenderaan
YAN: Seorang pembantu kedai makan dikompaun RM1,000 selepas didapati merentas negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa dari Melaka ke Kampung Bahagia, Kota Sarang Semut, di sini, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu dikesan berada di sebuah rumah di kampung berkenaan selepas sepasukan polis menerima arahan dari Pusat Kawalan Daerah (DCC) COVID-9 pada 10.30 malam.


Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata siasatan mendapati lelaki terbabit melakukan pergerakan merentas negeri dari Melaka ke kampung berkenaan.

"Ketika ditanya, lelaki berkenaan memberitahu dia baru sampai ke alamat yang diperiksa iaitu rumah keluarganya dari alamat semasanya yang terletak di Melaka Tengah, Melaka.

"Apabila polis minta untuk kemukakan dokumen bertulis dari pihak berkuasa serta alasan munasabah bagi merentas sempadan negeri, dia gagal berbuat demikian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahnaz berkata, berikutan itu, pihaknya membawa balik individu terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mendapati lelaki berkenaan mengaku tiada kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa untuk membuat pergerakan rentas negeri.

"Dia mengaku melakukan rentas negeri pada empat hari lalu dengan alasan mahu melawat ayahnya yang sakit kencing manis," katanya.

Beliau berkata, kesalahan disiasat mengikut Peraturan 6(3) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. - Berita Harian Online