Powered by Blogger.

Thursday, May 21, 2020

Polis Beri Kebenaran Kepada Wanita Mengandung Balik Dari Ampang Ke Kelantan

COVID-19: Wanita mengandung jumpa orang lain sebelum balik rumah ...
KUALA LUMPUR: Polis memberi kebenaran kepada seorang wanita mengandung merentas negeri dari Ampang, Kuala Lumpur untuk bersalin di kampung halamannya di Kelantan, sebelum disahkan positif COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, mengesahkan perkara itu bahawa wanita berkenaan memohon untuk pulang ke kampung untuk bersalin.

Namun, beliau berkata, wanita yang sedang hamil 25 minggu itu sempat bertemu pelbagai orang tertentu kerana rindu selepas lama tidak berjumpa, sebelum tiba ke rumahnya.

"Ini amalan normal lama, akhirnya (wanita terbabit) didapati positif. Apabila dia positif, keseluruhan kampung terpaksa tertakluk kepada saringan dan sebagainya walaupun sudah tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Kawasan berkenaan mungkin hanya kawalan pentadbiran dan akhirnya menyusahkan satu kampung. Kita tak tahu berapa ramai warga emas dan kanak-kanak dan ini meningkatkan risiko (jangkitan) bagi golongan berkenaan.

"Ia juga akan mengakibatkan bencana yang akhirnya memberi kesan kepada nyawa penduduk, terutama warga emas dan kanak-kanak di kampung terbabit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, wanita berusia 32 tahun itu adalah kes positif pertama dikesan di Kuala Krai selepas lebih sebulan Kelantan diisytiharkan bebas wabak itu.

Wanita itu dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah, selain mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun ini.