Powered by Blogger.

Tuesday, May 19, 2020

KKM Rayu Madrasah Dan Tahfiz Buat Saringan Covid-19

Terima kasih beri sumbangan - Dr Noor Hisham | Nasional | Berita ...
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru dan merayu mana-mana madrasah dan sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang belum melakukan saringan koronavirus (Covid-19) agar tampil untuk berbuat demikian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak JAKIM telah memaklumkan bahawa mereka telahpun menulis surat kepada madrasah dan sekolah-sekolah tahfiz persendirian berhubung perkara itu.

“Jadi, kita harap mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak memandangkan ada sesetengah daripada sekolah-sekolah tahfiz ini yang telah pun tutup.

“Apa yang penting adalah pelajar, guru dan kakitangan mereka tampil ke depan untuk dijalankan saringan dan ujian Covid-19. Jadi kita berharap dapat mengenal pasti lebih banyak lagi sekolah serta madrasah untuk dilakukan saringan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas berhubung perkembangan terkini mengenai lebih 1,000 madrasah dan sekolah tahfiz persendirian yang masih belum tampil untuk menjalani saringan Covid-19 pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan 10 pelajar Malaysia yang di dakwa dijangkiti Covid-19 di Khartoum Sudan, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu.

“Kita akan mengambil tindakan susulan jika kita terima maklumat ini,” katanya. - Sinar Harian