Powered by Blogger.

Monday, May 18, 2020

Tolong Jangan Berkongsi Gambar Lama Saya Tak Bertudung

Penipu Lisdawati Mohon Maaf, Fauzi Nawawi Masih Tuntut Janji ...
Pelakon Lisdawati memohon semua pihak menghormati permintaan agar tidak menyiarkan foto lama dirinya tanpa hijab.

Lisdawati atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin berkata, dia sudah membuang dan membakar foto lama kerana tidak mahu menjadi 'saham' dosa andai dirinya pergi kelak.

"Kesedaran ini timbul selepas mendengar ceramah seorang ustaz di kelas agama yang dihadiri. Sejak hari itu, saya sudah buang dan bakar semua foto lama saya yang tidak berhijab.

"Apa yang masih dalam simpanan adalah gambar perkahwinan sebagai kenangan.

"Saya tidak mahu apabila mati kelak, gambar itu menjadi 'saham' dosa buat saya. Untuk mengelak perkara itu, ustaz nasihatkan saya buat pengumuman meminta foto lama dihapuskan.

"Selepas itu, jika ada pihak yang masih menyiarkannya, itu bukan tanggungan saya lagi... Saya sudah terlepas. Itu yang membulatkan tekad saya untuk mengumumkan perkara ini di Instagram (IG)," katanya kepada BH Online.

Tambah pelakon KL Menjerit ini, langkah itu bukan untuk dirinya sahaja, malah demi kebaikan insan sekeliling.

"Alhamdulillah, selepas mengumumkan perkara ini insan yang paling gembira adalah emak saya.

"Suami juga menyokong keputusan ini. Iyalah, saya buat kerana sayangkan dia," ujarnya.

Lisdawati yang juga isteri pelakon, Fauzi Nawawi, membuat pengumuman mengenai perkara itu di IG, semalam.

Melalui perkongsian itu, aktres berusia 42 tahun ini mengepilkan keratan majalah memperlihatkan bahagian rambut dirinya dan artis lain yang bergambar sama, diconteng pen hitam bagi melindungi aurat terdedah.

"Foto itu saya jumpa ketika berkemas. Saya buat begitu kerana tahu, suatu hari nanti, mereka yang ada di dalam foto sama bakal berhijab.

"Apa yang saya buat boleh dijadikan contoh kepada mereka yang mahu menyiarkan foto saya tanpa hijab pada masa depan," katanya. - Berita Harian Online