Powered by Blogger.

Saturday, May 9, 2020

Tiada Sebab Pengusaha Bas Sekolah Perlu Minta Bayaran Pada Ibu Bapa

Tiada sebab pengusaha bas sekolah perlu minta bayaran daripada ibu bapa
PUTRAJAYA : Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pengusaha bas sekolah tidak sepatutnya meminta bayaran daripada ibu bapa susulan tiada perkhidmatan penghantaran murid ke sekolah yang ketika ini masih ditutup.

Jelas beliau, tiada sebab untuk pengusaha bas meminta bayaran bulanan berkenaan. 

"Sepatutnya kalau tidak ada perkhidmatan dari bas sekolah itu, tentulah tidak boleh minta bayaran sebab bas ini adalah untuk perkhidmatan hantar anak ke sekolah. Kalau tiada perkhidmatan maka tiada sebab kenapa perlu meminta ibu bapa bayar," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau akan membawa perkara itu kepada Menteri Pengangkutan untuk tindakan selanjutnya.

"Jadi bas ini bawah Kementerian Pengangkutan, lesennya saya percaya dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, kerana ia di bawah bidang kuasa kementerian itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada Menteri Pengangkutan untuk mengeluarkan arahan kepada operator bas mengenai apa mereka boleh lakukan dan tidak boleh lakukan," tambahnya. - Astro AWANI