Powered by Blogger.

Friday, May 8, 2020

Ajar Cara Bunuh Anjing, Wanita ini Dikecam Netizen

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita anak kucing mati dipijak, kini dilaporkan pula seorang wanita cuba “mengajar” netizen cara membunuh anjing.

Menerusi Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, seorang wanita cuba mengajak orang ramai dengan mengajar mereka bagaimana untuk membunuh anjing, lagi menyedihkan wanita ini rakyat Malaysia.

Menerusi posting wanita itu, bukan sahaja mengajar malah dia juga menyentuh isu agama untuk menunjukkan tindakannya itu tidak berdosa.

Meskipun di laman sesawang bincangsyariah.com ada petikan “hukum membunuh anjing” namun ia boleh dilakukan jika anjing tersebut mendatangkan bahaya.

Tapi difahamkan itu kaedah zaman dahulu, bagaimanapun pada era ini kita sudahpun ada pasukan penangkapan anjing liar, jadi tak perlu bunuh pun sebenarnya.

Sehubungan itu, Persatuan Haiwan Malaysia juga turut membalas di posting wanita berkenaan.

Persatuan Haiwan Malaysia turut meninggalkan komen di posting wanita itu dengan kata-kata sindiran. (Gambar Facebook)

Lihat pada ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita ini, malah ada yang menyumpah supaya perkara ini berpaling padanya semula.

Jangan sesekali kita menyeksa atau membunuh binatang peliharaan, dan jika ia merbahaya laporkan pada badan gerakan untuk diambil tindakan yang sewajarnya. - Free Malaysia Today