Powered by Blogger.

Thursday, May 7, 2020

Bapa Dan Anak Ditahan, Video Bunuh Seorang Lelaki Tular

ATLANTA: SEORANG bekas pegawai polis dan anaknya ditahan pada Khamis di Georgia, Amerika Syarikat (AS) selepas dituduh membunuh lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata.

Pembunuhan Ahmaud Arbery, 25, mencetus kemarahan dalam komuniti kulit hitam di Georgia serta dalam kalangan aktivis seluruh negara.

Lapor Reuters, Gregory McMichael, 64, dan anaknya Travis, 34, ditahan Biro Siasatan Georgia dan direman di bandar Brunswick.

Ahmaud ditembak mati pada 23 Februari ketika berjoging di mana insiden itu dirakam seorang saksi berhampiran lokasi kejadian.

Video tersebut tular dan mencetuskan kemarahan terhadap pihak polis kerana didakwa gagal menegakkan keadilan dengan mengambil tindakan terhadap pelaku.

Seorang peguam daerah yang menangani kes kontroversi itu memaklumkan beliau akan meminta juri daerah mempertimbangkan kesalahan yang akan dikenakan.

Pada 2019, akhbar tempatan LA Times melaporkan satu dalam setiap 1,000 lelaki kulit hitam di AS dijangka meninggal dunia akibat tindakan keras pihak polis.

Kajian National Academy of Sciences itu meletakkan kadar kematian komuniti itu 2.5 kali ganda berbanding lelaki kulit putih ketika berdepan dengan polis. - Astro AWANI